Selepas beberapa bulan pertandingan, akhirnya, liga e-sukan yang menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak RM414,000 (US $ 100,000) ini telah sampai ke penghujungnya semalam di KL Live di Kuala Lumpur.
Dalam kejohanan selama dua hari itu menyaksikan wakil Singapura, EVOS Esports SG dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan pesaing dari Malaysia, Todak dengan mata 3-2 lalu membawa pulang wang tunai keseluruhan RM105,000.
Manakala, Resurgence pula malangnya tidak dapat merebut tempat untuk mewakili Singapura dalam M1 World Championship setelah ditumpaskan oleh sang juara, EVOS Esports SG.
Tahniah kepada Axis Esports yang berjaya mewakili Malaysia dalam kejuaraan dunia pertama itu.
Potato dari EVOS Esport SG pula telah dinobatkan sebagai MVP pada perlawanan akhir pada hari ini setelah menunjukkan permainan luar biasa menggunakan hero Granger.
EVOS Esport SG akhirnya berjaya menamatkan sumpahan
Juara MPL MY/SG Musim 4, EVOS Esport SG akhirnya berjaya menamatkan sumpahan tempat kedua yang menghantui pasukan itu dalam dua musim sebelum ini setelah berjaya mengalah pasukan Malaysia, Todak.
Pasukan Singapura itu dilihat mengalirkan air mata gembira setelah berakhirnya pusingan terakhir perlawanan pada malam itu.
Kapten pasukan EVOS Esport SG, Robert ‘OhDeerBambi’ Boon berkata pasukannya sangat gembira kerana telah keluar dari musim keempat MPL-MY / SG kali ini sebagai Juara setelah menelan pengalaman pahit yang meletakkan mereka di tempat kedua selama ini dalam dua musim sebelumnya.
“Saya rasa apa yang mereka katakan adalah benar, kali ketiga adalah pesona.
Kami berbangga membawa gelaran juara ini pulang ke Singapura dan kami telah bersedia untuk menghadapi cabaran baru dalam M1 World Championship yang akan datang”, katanya.
Selain itu, Bambi dalam kenyataannya juga berkata bahawa dia benar-benar percaya pada kualiti yang ada pada pasukannya.
“Saya tahu bahawa kami boleh menjadi salah satu di antara yang pasukan yang terbaik di dunia, jadi pastikan anda menyaksikan perlawanan kami bulan depan,” tambahnya.
Anda bersedia untuk perlawanan dunia yang pertama?
Dengan berakhirnya MPL-MY / SG M4, litar e-sukan MLBB untuk 2019 akan ditamatkan pada Kejohanan Dunia M1 yang akan berlangsung 11-17 November 2019 di Axiata Arena Bukit Jalil.
Perlawanan ini akan menyaksikan penyertaan daripada 16 pasukan dari 14 buah negara, M1 menawarkan hadiah sebanyak RM1,050,000 (US $ 250,000) bagi pasukan yang layak.
Ini sekaligus merupakan hadiah terbesar yang pernah ditawarkan dalam sejarah e-sukan di Malaysia.
Ketiga-tiga pasukan iaitu EVOS Esports SG, Todak dan Axis Esports akan membawa nama Singapura dan Malaysia dalam Kejohanan Dunia M1 yang akan berlangsung di Axiata Arena di Bukit Jalil bulan hadapan.
Di samping menjadi wakil pertama untuk negara masing-masing di Kejohanan Dunia ini, EVOS akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM105,000 (US $ 25,000), sementara Todak dan Axis Esports meraih RM50,000 (US $ 12,000) dan RM21,000 (US $ 5,000) masing-masingnya.
“Kami berbesar hati dapat menubuhkan litar e-sukan tahunan kami pada tahun ini, dengan dua musim Mobile Legends: Liga Profesional (MPL) di peringkat negara, Mobile Legends Piala Asia Tenggara (MSC) di peringkat serantau, dan M1 World Championship di peringkat antarabangsa.
M1 akan menjadi acara e-sukan terbesar yang pernah kami anjurkan sehingga kini dan para peminat yang menghadiri acara itu akan mendapat sesuatu yang istimewa, jadi pastikan untuk mendapatkan tiket anda sekarang, “kata Logon Shaw, Pengarah Kejohanan Moonton.