Sudah dua minggu babak musim Liga Profesional Mobile Legends MY/SG (MPL) Musim Keempat berlangsung. Banyak kejutan yang terjadi selama berlangsungnya babak ini. Terdapat  pasukan yang harus menelan kekalahan berurut-turut di minggu kedua ini. Manakala, tuah bagi sesetengah pasukan juga dapat dilihat dengan perubahan yang berlaku pada carta kedudukan. Berikut adalah carta kedudukan terkini :

Musim Liga Minggu 2: Kemenangan Mutlak Akhirnya di Cantas

EVOS Esport SG harus menelan kenyataan pahit di Musim Liga Minggu kedua ini. Berbeza dengan MPL sebelumnya, team terkuat Singapura ini belum pernah merasakan kekalahan dengan mana mana team sebelumnya.

 

Namun, berbeza di minggu kedua Musim Liga ini, EVOS Esport SG harus menerima kekalahan dari Todak yang di minggu sebelumnya memang sedang meningkat naik. Melawan Todak, EVOS Esport SG seperti kehilangan “bakat”nya, mereka tidak dapat mengimbangi perlawanan sehingga mengalami kekalahan 1-2 dengan pasukan baru itu.

Kekalahan yang menimpa EVOSEsport SG membuat mereka harus turun takhta. Kini mereka berada di posisi tempat ketiga di bawah pasukan Todak dalam carta kedudukan. Minggu ketiga akan menjadi penentuan bagi EVOS Esport SG yang akan kembali beraksi melawan Axis Esport. Sebagai catatan, Bigetron kini berada di posisi teratas carta kedudukan seterusnya menjadikan mereka pasukan terkuat setakat ini dalam Musim Liga MPL MY/SG Musim 4.

Perubahan Pada Carta Kedudukan

Pasukan baru yang dikenali sebagai Todak ini dilihat masih mampu mengekalkan momentum kemenangan sehingga hari ini.

Todak dilihat mengekalkan serangan agresif sejak awal perlawanan dan sangat bijak mengambil kesempatan ke atas kelemahan yang dilakukan pihak lawan.Kerjasama dan persefahaman antara pasukan juga dilihat semakin kemas. Mereka akhirnya berjaya menumbankan pasukan terkuat Singapura, EVOS Esport pada minggu kedua ini.

Sementara itu, Axis Esports pula dilihat masih meningkat naik dengan menghentam pasukan XPAX X-Assins dengan kekalahan 2-0. Kedatangan Lacid sebagai pemain Axis Esports sangat memberikan impak yang positif. Lacid, seorang pemain berpengaruh yang memenangi gelaran juara Musim 2 bagi pasukan Saiyan Reborns telah menyertai semula skuad selepas meninggal kan Liga profesional MLBB semasa Musim 3. Kehebatannya terlihat menjadi rangsangan kepada keyakinan pasukan yang telah berjaya bermain secara konsisten dari minggu pertama.

Geek Fam yang kini berada di kedudukan ke-5 akhirnya meraih kemenangan pertamanya setelah dua minggu Musim Liga Musim 4 berlangsung. Kemenangan tersebut mereka diraih setelah menewaskan pasukan Sabah Top Player(STOP). Team juara MPL MY/SG Musim ketiga ini dilihat kurang keyakinan tanpa kehadiran 2EZ4JEPV dan dua orang ahli baru dalam pasukan mereka iaitu Ozora Veki dan Rumpel.

XPAX X-Assins dengan dua kali kekalahannya minggu ini memposisikan mereka pada kedudukan tempat ke-8. Pada musim lalu, XPAX X-Assins berjaya mara ke pusingan kalah mati (Playoff) dan meraih tempat ketujuh dan kelapan. Tahun ini, dapatkah kita menyaksikan mereka sekali lagi beraksi di Playoff? 

Keputusan Keseluruhan Perlawanan

Memasuki Minggu ke 2 dengan kemenangan mudah untuk Axis Esports Malaysia setelah berjaya menentang Xpax X-Assins, diikuti dengan kemenangan 2-0 oleh bekas juaraMPL MY/SG Musim 3, Geek Fam menentang SABAH Top Player (STOP). Peminat akhirnya dapat menyaksikan kemenangan pertama Notorious Villains apabila mereka berjaya mengalahkan Louvre Esports 2-0, diikuti dengan pertarungan yang mendebarkan di antara EVOS SG MY dan Todak, diakhiri dengan kemenangan mengejutkan 2-1 berpihak kepada pasukan Malaysia yang baru ditubuhkan itu.

Manakala, game pada hari kedua pula menyaksikan Resurgence menamatkan kekalahan mereka dengan kemenangan 2-0 yang menyakinkan menentang Shoppee Bosskurr, diikuti oleh kekalahan STOP, kali ini mereka berdepan dengan Notorious Villains yang pantas memperbaiki permainan mereka. Perlawanan terakhir antara Louvre Esports dan Xpax X-Assins amat sengit. Louvre Esports berjaya melakukan epic comeback dalam Permainan Kedua dan berjaya memenangi siri ini dengan 2-1.

Minggu Kedua Musim 4 MPL-MY/SG telah pun berakhir. Pasukan yang mendahului masih merupakan Axis Esports. Mereka mendahului 2 mata berbanding dengan Todak, diikuti oleh EVOS SG MY dan Notorious Villains yang hanya mempunyai perbezaaan 1 mata. 

Kita sudah memasuki minggu ke-3 musim Liga MPL MY/SG Musim 4. Mari kita sama sama nantikan minggu yang seterusnya untuk melihat sama ada Axis Esports masih boleh mengekalkan kedudukan tempat pertama mereka!

Jadual perlawanan MPL MY/SG Musim 4 Minggu ke-3 :