MPL-MY SG MUSIM LIGA 3, MINGGU PERTAMA – PENINJAU META

Selamat kembali ke mingguan meta di MPL-MY/SG Musim liga 3. Untuk wira yang dipilih di minggu yang pertama ini, kita akan fokuskan beberapa wira yang terpilih. Hari ini, kita akan berbincang wira baharu iaitu, Harith.

Harith ialah ahli sihir yang mampu merentas masa dengan kelebihan mengecas dan memecahkan. Ianya sangat menakjubkan jika mahir digunakan kerana skill cooldown yang rendah berserta dash yang tiada had. Adakah dengan kelebihan-kelebihan ini, Harith seringkali di ban ketika perlawanan. Mungkin ya mungkin tidak.
Budak lelaki serupa kucing ini sangat kuat. Dia boleh melompat ke kawasan yg berlainan tidak ubah seperti kucing dan ianya sangat untuk ditemui kerana dialah yang mendominasi setiap teamfighs. Meow

Harith, ahli sihir yang berkebolehan untuk melompat ke lokasi berbeza dengan skil blink. Dengan menggunakan skil-skil yang ada, pemain akan berkuasa di teamfights. Loong, adalah salah seorang ahli pasukan Reborn mengatakan beliau memilih Harith kerana kekuatan luar biasa di dalam meta ini dan boleh memberi magic damage yang tinggi jika terkena ke pihak lawan..

Secara teknikalnya, Harith adalah hero yang memberikan Loong MVP pada minggu pertama, dengan 10 skil dan 0 kematian. Harith dimainkan oleh Loong dengan sangat baik pada minggu ini. Loong merupa ahli yang sangat penting dalam pasukan Reborn kerana berkali-kali beliau mampu memberi tekanan kepada pihak lawan untuk teamfights.Ini adalah kali pertama beliau menggunakan Harith di MPL ini dan hasilnya membantu pasukan Reborn seri 1-1 dengan pasukan Resurgence dan akhirnya menang dengan skor 2-1.

Apa yang membuatkan Harith kuat?
1.Pasif yang menakjubkan
Kepintaran kunci pasif Harith terlalu OP kerana ia mampu mengurangkan kawalan masa sehingga 70% (Mengikut bilangan wira berdekatan). Antara kelemahan atau masalah ahli sihir adalah meraka sangat mudah untuk ditewaskan kerana terlalu lemah dari segi pertahanan. Apabila Harith stun dan CC mereka tidak mampu berbuat apa lagi kecuali mati. Tidak pada Harith, kerana kekuatan pasif yang hebat. Lebih ramai wira pihak lawan, lebih sedikit masa renjatan yang Harith kena. Lagi ramai musuh yang dilawan, lagi kurang keberkesanan stun kerana Resilience.

2. Damage dan mobiliti yang tinggi
Chrono dash adalah skill kedua yang sangat kuat dimana apabila digunakan untuk memecut ke arah musuh, anda akan dapat perlindungan dan serangan asas akan dapat damage bonus. Ia juga akan mengurangkan cooldown kepada 4 saat, ini membolehkan Harith menggunakan semula skil untuk menyerang dan mendapat kesan OP secara berterusan. Gila bukan?

Emblem

Untuk set emblem yang terbaik, Loong mencadangkan memilih lencana mage. Bagaimanapun, anda masih boleh menggunakan set mage emblem daulu sebelum emblem mage menjadi kuat.

Items

Sebagai perentas masa, Harith perlu mempunyai dengan item yang betul untuk beliau menunjukkan bakat magic yang teragung. Ini adalah panduan barang yang disarankan oleh Loong untuk anda membawa Harith menjadi juara. Jika anda hanya mahu kuasa magic, maka Leonin Burst Item adalah sangat sesuai untuk anda. Barang-barang Leonin akan menambahkan lagi pertalian dengan magis. Ianya barang yang paling kuat untuk Harith. Cubalah sendiri!

Gaya Permainan
Menggunakan Harith sememangnya memerlukan skill atau kepakaran untuk mendapatkan damage yang maksimum, lebih-lebih lagi ketika memakai skil satu iaitu Synchro Fission. Lantas ia memerlukan latihan sebelum anda menggunakan wira ini. Jika gagal membuat ultimate terhadap musuh, anda tidak akan dapat merasa kelebihan cooldown Chrono Dash. Akhir sekali, berlawanlah secara berpasukan, cuba hindarkan permainan berseorangan di hutan. Ingat bahawa wira ini tidak berkesan untuk melawan jungle monster atau push lane, maka sentiasalah bersama pasukan. (Bermain secara selamat)