Musim kedua untuk MPL – MY/SG telah pun berakhir, dan ia adalah pengalaman yang seronok.
Dalam 6 minggu ini, 10 pasukan telah memberi yang terbaik untuk kejuaraan, duit kemenangan, dan tempat di dalam pangkat, dengan 2 pasukan tersingkir di akhir musim ini.
Kemenangan Berturut-turut dan Dominasi
Melalui musim ini, kami nampak banyak pasukan yang kuat seperti EVOS Esports SG, Flash Tyrants,
dan AirAsia Saiyan (pasukan 3 yang teratas) telah tunjuk skil mereka dalam permain Mobile Legends, menunjukkan kerjasama dan keputusan yang baik.
Sudah tentunya, mereka tidak dapat rekod yang sempurna, dengan kalah beberapa permainan disebabkan oleh kesilapan yang kurang bijak dan beberapa faktor lain, tetapi 3 pasukan ini telah memberi prestasi yang kuat dan berjaya untuk mencapai kemenangan berturut-turut.
AirAsia Saiyan dan Flash Tyrants telah pun buktikan kepada diri mereka sendiri dalam perlawanan penentuan Musim Pertama, menduduki di tangga ke-empat dan kedua, sementara EVOS Esports SG adalah pasukan bintang yang dibentuk sejurus sebelum kelayakan musim kedua.
Kekalahan Berterusan
Sebaliknya, sesetengah pasukan memang teruk sangat. Borneo Dragon FV, Saiyan Reborn, dan We Own World terutamanya. BDFV dan WOW telah tersingkir, dan Saiyan Reborn hampir-hampir sahaja untuk memasuki perlawanan pernentuan. Malangnya, mereka semua kekurangan satu benda yang penting: kebolehan untuk menyesuaikan diri dengan meta yg amat kompetitif apabila berlawan dengan pasukan lain.
Prestasi yang Tidak Konsisten
Antara prestasi yang terkuat dan paling teruk, kebanyakan prestasi pasukan-pasukan hanyalah biasa sahaja dan tidak konsisten.
Seberapanya, sepeti Bigetron SG, berprestasi dengan teruk pada mulanya hinggalah rehat pertengahan musim (tanpa satu kemenangan), tetapi berubah dalam separuh musim kedua dan menang seperti telur di hujung tanduk.
Pasukan yang lain bermula dengan kuat tetapi tidak dapat mengekalkan tahap permainan mereka seperti GEEK FAM ICON.
Sementara itu, GEEK FAM Mystic dan Traitor berada di tangga pertengahan dengan konsisten, dengan kedua pasukan itu tidak naik ataupun jatuh.
Permain-pemain yang Menakjubkan dan Tidak-Begitu-Menakjubkan
Menariknya, dalam 6 minggu slot MVP (1 MVP setiap minggu), EVOS Esports SG dan Flash Tyrants mampu untuk tuntut 4, buktikan bahawa mereka mempunyai pemain-pemain yang cukup handal. Pasukan Singapura dibuktikan memang sangat hebat.
Ly4ly4ly4 (Bintang pemain marksman)
dan FattyLim (Pemain tambahan baharu selepas tempoh rehat midseason) dari Bigetron SG telah juga menjadi pemain yang penting dalam mengubah daripada kekalahan Bigetron berturut-turut, menyelamatkan mereka daripada disingkir.