Selamat datang ke artikel Caster terakhir untuk musim ini! Dalam artikel minggu ini, kami akan mengulas semula minggu ke-enam dan juga ramalan untuk perlawanan pernentuan nanti.
Sengaja kalah
Ikuto dan KBCSensei telah menyuarakan kekecewaan mereka atas banyak pasukan dalam minggu ke-enam seakan sengaja kalah permainan yang patutnya boleh menang terutamanya pasukan yang berada di dalam kedudukan yang tinggi. Pasukan seperti EVOS dan AirAsia telah dijamin masuk ke perlawanan pernentuan, jadi mereka tidaklah kisah sangat untuk bermain dengan betul dan hanya bermain bersahaja, menamatkan kemenangan berturut-turut dan menjejaskan potensi ‘matchups’ mereka di dalam perlawanan pernentuan.
Khususnya, KBC sememangnya tidak gembira sekali dengan perlawanan terakhir AirAsia Saiyan menentang Bigetron SG kerana diramalkan bahawa Saiyan sepatutnya menang dengan senang, ataupun paling teruk kemenangan dengan perjuangan. Tetapi, mereka telah bermain dengan teruk sekali dan dititik oleh Bigetron, kalah dengan skor 0-2.
EVOS juga tidaklah bagus seperti biasa, mereka kalah 1-2 kepada Geek Fam ICON (walaupun ICON pasukan yang agak kuat, jadi ia boleh difahami) dan pasukan Saiyan Reborn yang kurang menonjol pada musim ini, telah memberi Reborn mata yang cukup untuk mengelakkan mereka daripada tersingkir.
Penyingkiran
Seperti yang diramal oleh Ikuto sebelum ini, Borneo Dragon FV dan We Own World telah pun tersingkir. BD FV tidak dapat menyesuaikan diri dalam format pertandingan (berlawanan dengan format solo queue), dan prestasi WOW memang kurang keyakinan secara konsisten. Mungkin mereka akan kembali dengan lebih kuat dalam musim ketiga? Saya pun tidak begitu pasti. Mereka semestinya perlu berlatih banyak.
Pasukan Yang Mungkin Merbahaya
KBCSensei merasakan AirAsia Saiyan adalah pasukan yang amat kuat, dan mereka bertambah baik dengan banyak juga dibandingkan dengan musim pertama. Pada masa dahulu juga, kedudukan mereka berada di tangga ke-empat, jadi dengan peningkatan pada musim ini membolehkan mereka pergi dengan lebih jauh.
Pasukan baharu EVOS SG juga adalah pasukan yang kuat, walaupun kekurangan pengalaman, mereka sememangnya ada skil permainan.
Kami juga tidak akan melupakan Bigetron SG
dan
Flash Tyrants, pasukan juara dan naib juara musim pertama. Prestasi Bigetron telah meningkat sejak ‘midseason break’, berbanding dengan prestasi mereka yang suram dalam minggu pertama hingga ketiga, dan Flash Tyrants kini berada di tempat pertama dalam ‘rankings’. Kedua-dua pasukan ini adalah amat bahaya untuk dihadapi.
ICON juga pasukan yang agak kuat, dengan penuh pemain individu yang mempunyai skil yang tinggi, tetapi mereka diselubungi dengan kerjasama yang lemah.