Hi semua, ini adalah minggu kedua terakhir untuk konsultansi dengan caster untuk musim liga 2

Sedikit imbasan pada minggu ke 5:

Minggu ini kita lihat banyak perlawanan antara pasukan yang kuat menentang underdogs. Kebanyakan perlawanan di habiskan dengan (2-0) dengan kebanyakan kemenangan berpihak pasukan yang kuat.

pasukan yang menjadi dominan dengan pihak lawannya ialah AirAsia Saiyan, Flash Tyrants, Bigetron SG, Geek Fam Mystic dan EVOS Esports SG. Manakala Borneo Dragon FV, We Own World dan ICON (sebelum ini prestasi mereka agak bagus pada minggu ke-5) agak kurang menunjukkan prestasi yang baik.

Malangnya kami tidak dapat banyak pandangan dari caster pada minggu ke-5 jadi saya akan tumpukan kepada apa KBC Sensei katakan.

Bigetron bangkit kembali

KBC Sensei merasakan tambahan Fattylim kedalam Bigetron roster memberi penanda yang baik kepada mereka, kerana mereka dapat bangkit kembali selepas prestasi yang teruk pada permulaan musim liga sehingga cuti pertengahan. Fattylim berkebolehan menjadi multi-role dan berjaya meningkatkan BTR ke tempat ke-7. Tetapi sekali lagi mereka mereka berjumpa musuh sengit AirAsia Saiyan di perlawanan terakhir di musim liga jadi kita lihat apa akan jadi

Saiyan Reborn dan Borneo Dragon FV tidak berprestasi baik

Kedua-dua pasukan ini sangat teruk. Mereka sangat hebat sebelum cuti pertengahan tetapi adalah sedikit baik. Tetapi sekarang mereka di ambang penyingkiran kerana berada di tempat paling bawah di dalam carta. Peluang Saiyan Reborn tidak berapa baik dan mereka menghadapi EVOS Esports SG di perlawanan terakhir mereka dan nasib tidak berapa baik. Manakala BD FV juga di bawah dan menentang dengan Traitor.

Seri

Kemungkinan seri antara We Own World, BD FV dan Reborn sama seperti apa akan terjadi pada musim 1 antara Falcon dan Louvre. Tetapi dengan situasi yang terdesak mereka mengeluarkan skill betul mereka jadi mereka boleh lawan lebih kuat untuk memasuki playoffs.