Pada minggu keempat hero spotlight adalah Gusion!
Gusion telah di main dengan baik oleh Bambi dari EVOS Esports SG pada minggu ini. Bambi hampir serupa dengan Gusion (Tanpa cermin mata)
Baiklah secara teknikal Selena adalah yang berikan dia MVP pada minggu ini tetapi kami telah ceritakan tentang Selena pada minggu pertama jadi kita fokus Gusion sebaliknya.
Jadi apa yang buat Gusion kuat?
1) Mobiliti dan perapat jurang
Gusion boleh memasuki dan keluar teamfight dengan menggunakan skill 1 (membaling dagger dan membolehkan dia pergi ke pihak lawan yang terkena dagger itu) dan ultimate (reset cooldown semula skill 1 dan 2, dan juga membolehkan dash di mana-mana hanya sekali). Kelemahannya adalah perlu sasarkan dengan tepat jadi jika terlepas sasaran bermaksud Gusion susah untuk memasuki teamfight.
2) Burst damage tinggi dan mengekal lebih lama
Gusion’s pasif memberikanya bonus HP peratus pada autoattack seterusnya selepas menggunakan 3 spell, ini membuatkan Gusion burst assasin yang kuat. Passive ini juga berikannya 80% damage yang dibuat pada autoattack jadi Gusion boleh bertahan agak lama juga di dalam perlawanan.
3) Abiliti untuk refresh skill
Seperti yang diberitahu, Gusion boleh refresh skill 1 dan 2 jika menggunakan ultimate bermakna Gusion boleh menggunakan skill untuk membunuh pihak lawan dan kemudian aktifkan ultimatenya untuk refresh cooldown dan menukar sasaran atau lari.
Permainan
Emblem dan item
Gusion adalah magic damage assasin, jadi Bambi beri pesanan untuk mengambil mage emblem dan fokuskannya dengan movement speed, magic penetration dan Impure Rage talent. (bersesuaian dengan pasifnya)
Untuk item Bambi cadangkan seperti berikut:
Jungle Axe, di gantikan dengan Holy Crystal sebagai item terakhir selepas peringkat laning/jungling.
Rapid Boots, Gusion adalah roaming assasin
Lightning Truncheon, meningkatkan autoattack selepas menggunakan spell
Fleeting Time untuk cooldown ultimate apabila membunuh pihak lawan
Winter Truncheon, untuk lari dari pihak lawan apabila skill Gusion cooldown.
Concentrated Energy, untuk bertahan lebih lama
Cara bermain
Anda harus biasa dengan Gusion combo dan bagaimana untuk menggunakan sepenuhnya damage dari pasifnya (contoh: jangan membazir spam spell tetapi autoattack sekali-sekala) dan juga berfikir dengan pantas di dalam teamfights.
Map awareness juga penting , anda perlu beri perhatian di mana pihak lawan dan rakan pasukan di mana, jadi anda boleh fikir bila anda boleh dive ke arah pihak lawan.
Gusion sangat terdedah dengan burst damage dan crowd control jadi hati-hati dan jangan tamak atau overextend