Selamat kembali kepada imbasan MPL – MY/SG musim liga 2! Tamatlah minggu 3 dan masa berlalu dengan pantas. Kita akan menempuhi musim cuti pertengahan selepas ini dan musim liga akan bermula semula pada 7th September.

Di sini kamu boleh melihat imbasan-imbasan minggu 3 yang lepas, dan juga carta liga.

[srizonfbvidsingle id=664562920584727] [srizonfbvidsingle id=615136325555320] [srizonfbvidsingle id=454950601689980]

Baiklah mari kita tengok aksi pada minggu ketiga.

Di minggu ketiga ini kita boleh lihat kesemua perlawanan melibatkan satu persaingan musuh ketat terutama sekali pergaduhan adik-beradik seperti AirAsia Saiyan dan Saiyan Reborn atau pertarungan sama negara seperti EVOS SG dan Bigetron SG

Bercakap pasal EVOS dan BTR…

Pesaing mana yang lebih layak?

Di dalam perlawanan, EVOS terus mengganas ke atas pesaing mereka dan rakan senegara di hari pertama, menghancurkan BTR untuk menang 2-0. Ini membuktikan bahawa Bigetron masih tidak dapat rentak mereka seperti musim pertama, malah mereka lebih suka untuk ikut arus perlawanan berbanding membuat latihan dan mereka tidak pernah menang satu perlawanan!

Cuti pertengahan akan bermula, harap mereka akan gunakan masa sebaiknya untuk berlatih dan meningkatkan prestasi mereka.

Selain itu, kita juga lihat persaingan sengit antara Flash Tyrants menentang Traitor. Traitor bukanya pasukan yang tidak hebat tetapi mereka hanya kurang pengalaman. Flash Tyrants pula sangat berpengalaman kerana memenangi tempat kedua di musim pertama dan mereka menang perlawanan mereka dengan 2-0

Manakalah di dalam pasukan Malaysia , Borneo Dragon berjaya membuat kejutan dengan mengecewakan Saiyan Reborn, sepatutnya mereka adalah satu pasukan Saiyan yang terkuat. BD FV adalah pasukan baru sekarang di tempat ke- 6 di dalam carta dan mereka menaikan diri mereka dari tempat mereka di dua minggu pertama.

Persaingan adik-beradik

Kita juga lihat persaingan adik-beradik terutamanya AirAsia Saiyan dan pasukan adiknya Saiyan Reborn. Mereka bersaing dengan sengit tetapi ASYN menang 2-1 sebelum Saiyan Reborn dapat berikan perlawanan yang lebih susah.

Persaingan lama

Bigetron SG dan MCB adalah kawan lama dan pesaing lama juga, mereka memang begini dari musim pertama dimana MCB berada di tempat ke-5 manakala BTR menjadi juara.

Kali ini MCB berjaya mengalahkan Bigetron 2-1 tetapi tidak terkejut kerana MCB membuat banyak kesilapan di perlawanan kedua. Adakah Bigetron telah sedar?

Pemain dan Hero

MVP untuk minggu ketiga adalah Aeon!

Prestasi beliau semasa bermain Harley sangat baik, dan dia berjaya mendapat Maniac dalam perlawanan FT vs Traitor, banyak membunuh dan senang melepaskan diri tanpa ditangkap oleh musuh.

Hero Spotlight

Kerana Aeon menggunakan Harley untuk mendapat Maniac, marilah kita bertumpu pada Harley!

Harley adalah seorang hero yg sgt seronok dn senang dimain, tapi susah untuk dimahiri. Dia boleh mengeluarkan serangan yang kuat dengan ultimate dia yang menguatkan serangan yang dibuat kepada sasaran yang terkena ultimate dia.

Skill ke-2 dia juga membolehkan dia memasuki pertempuran dan melarikan diri dengan senang, kerana skill ke2 dia menyerupai Battle Spell Flicker.