Liga Professional Mobile Legends: Bang Bang Musim 4 (MPL-MY / SG S4) Playoffs, disokong oleh Penaja Legenda Black Shark, dijangka berlangsung pada hujung minggu ini (19 dan 20 Oktober) di KL Live di Kuala Lumpur. Playoffs ini akan dibuka secara percuma untuk semua peminat untuk hadir.

Hadiah keseluruhan berjumlah RM418,000 (AS $ 100,000) akan diberikan selepas beberapa bulan pertandingan di antara pasukan-pasukan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) yang terbaik di Malaysia dan Singapura berlangsung, dengan lapan pasukan terakhir bertanding untuk menduduki tempat teratas. 

8 pasukan teratas dari Musim Liga akan maju ke Playoffs, tetapi hanya 4 pasukan teratas akan berada di upper bracket. 4 pasukan seterusnya akan segera berjuang untuk menentukan tempat mereka dalam perlawanan kalah mati di lower bracket.

Berikut adalah carta kedudukan terkini:

Berdiri dengan penuh bangga, harimau Singapura EVOS Esports SG mendahului carta dengan 11 mata, diikuti oleh pendatang baharu; Todak di tempat kedua dan Axis Esports di tempat ketiga. Pasukan kegemaran Malaysia, Shoppee Bosskurr telah berjaya mengubah kedudukan pada minit terakhir dengan mencatat kedudukan ke-6 dalam senarai dan menjamin tempat mereka di Playoffs. Louvre Esports dan SABAH Top Player (STOP) telah menunjukkan perjuangan yang hebat di sepanjang 6 minggu ini tetapi malangnya telah tersingkir.

Tahniah diucapkan kepada pasukan yang berjaya melayakkan diri ke Playoffs, untuk yang tidak berjaya, teruskan menyokong mereka kerana mereka telah berusaha sedaya upaya sepanjang musim ini.

Penentuan untuk mewakili negara dalam M1 World Championship yang pertama untuk Mobile Legends: Bang Bang

Playoffs kali ini memberikan sedikit kelainan kepada para pemain di mana pasukan tempat teratas musim ini dari Malaysia (2 pasukan) dan Singapura (1 pasukan ) akan mewakili negara mereka dalam kejohanan M1 World Championship yang pertama.

Pengarah Kejohanan Moontoon, Logan Shaw berkata di dalam sebuah kenyataan bahawa ekosistem sukan MLBB pada kali ini adalah lebih besar dari yang sebelumnya, dimana pihaknya menwarkan kejohanan M1 World Championship yang pertama dengan hadiah sejumlah RM1,050,000 (US $ 250,000) dibuka kepada 16 pasukan dari 14 buah negara.

“Kami ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pasukan Malaysia dan Singapura, dimana pasukan tempat teratas di MPL-MY / SG-S4 Playoffs akan membawa bendera negara mereka di Kejohanan Dunia M1.

 Bagi semua peminat di Malaysia, pastikan untuk keluar dan menyokong pasukan kegemaran anda di Playoffs, “katanya.

Butiran lanjut mengenai Playoffs:

Pasukan yang layak akan bertarung di upper dan lower bracket Playoff selama dua hari di KL Live Kuala Lumpur. Pasukan di tempat teratas dari Musim Liga iaitu EVOS Esports SG, Todak, Axis Esports, dan Resurgence telah menduduki Upper bracket dan akan bersaing dalam format penghapusan berganda. Pasukan yang menduduki tangga bawah di kedudukan iaitu Geek Fam, Shopee Bosskurr, Notorious Villains, dan XPAX X-Assins akan bersaing di Lower bracket dalam format penghapusan tunggal.

Peminat yang tidak dapat menyaksikan acara di KL Live di Kuala Lumpur boleh melayari laman Facebook MLBB http://www.facebook.com/MobileLegendsGameMalaysia/untuk menonton siaran langsung Playoffs. Bagi M1 World Championship yang akan datang, tiket kini dijual di http://www.m1.mobilelegends.com.  Untuk mendapatkan permainan Mobile Legends: Bang Bang secara percuma, muat turun dari Apple App Store atau Google Play.

 

 

Mari kita sama sama nantikan apa yang akan berlaku di Playoffs nanti. Yang pastinya, Playoffs kali ini akan menjadi satu persoalan yang sangat menarik.