Liga Professional Mobile Legends: Bang Bang Musim 4 (MPL-MY / SG S4) Playoffs, disokong oleh Penaja Legenda Black Shark, telah melabuhkan tirai pada hari pertama dengan menyaksikan 4 pasukan telah tersingkir iaitu, XPAX X-Assins, Shopee Bosskurr, Geek Fam, dan Notrious Villains.

Kita dapat menyaksikan pasukan terakhir dari Malaysia, Todak dan Axis Esports akan menuju ke Hari kedua Playoffs esok (20 Okt) untuk menentang pasukan Singapura.Bolehkah mereka menewaskan pasukan Singapura iaitu EVOS Esports SG dan Resurgence, seterusnya, mengekalkan gelaran juara sekali lagi pada musim ini?

Dalam upper bracket pasukan yang layak ke Hari kedua Playoffs adalah EVOS Esports SG dan Todak. Kedua dua team ini dilihat memberikan satu permainan yang sangat menarik dengan susunan strategy dan meta yang hebat. EVOS yang telah mengalah kan Resurgence dan Todak yang mengalahkan Axis Esports dalam perlawanan upper bracket itu, masing-masing akan bertemu dalam perlawanan pertama pada esok hari.

Manakala, pasukan yang layak di lower bracket adalah Resurgence dan Axis Esports. Kedua dua buah pasukan ini mempunyai kekuatan masing-masing. Resurgence yang berjaya mengalahkan juara musim ketiga, Geek Fam dan Axis Esports yang berjaya mengalahkan pasukan Notorious Villains itu, akan bertemu pada perlawanan penentuan untuk ke Grand Final pada esok hari. Siapakah pasukan pilihan anda?

Menyebut mengenai bekas juara musim ketiga Geek Fam, malang bagi mereka setelah tersingkir awal dalam pusingan kalah mati ketika menentang Resurgence. Geek Fam yang membawa harapan Malaysia untuk ke M1 World Championship itu nampaknya terpaksa berhenti setakat ini. 

Geek Fam dalam satu kenyataan di laman rasmi Facebooknya memohon maaf dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Geeks(peminat) yang sentiasa menyokong pasukan itu. 

“Sedalam-dalam hati kami berasa amat terharu. Tidak kira menang, kalah, masa sukar dan masa gembira, sokongan tidak berbelah bagi anda adalah yang terbaik. 

Perjalanan kami di MPL MY/SG Musim 4 mungkin sampai di sini, tetapi kami akan menggunakan pengalaman ini untuk menjadi pasukan yang lebih kuat untuk perlawanan-perlawanan akan datang,” katanya. 

Maka dengan ini, berakhir lah hari pertama MPL MY/SG Musim 4. Pastikan anda semua hadir untuk menyaksikan perlawanan penentuan pada hari esok. Playoffs kali ini memberikan sedikit kelainan kepada para pemain di mana pasukan tempat teratas musim ini dari Malaysia (2 pasukan) dan Singapura (1 pasukan ) akan mewakili negara mereka dalam kejohanan M1 World Championship yang pertama.

Ingin lihat pasukan kegemaran anda mewakili negara dalam kejohanan dunia pertama pada kali ini? Mari sama-sama dan dan sokong mereka di grand final Playoffs pada hari esok di KL LIVE.

Peminat yang tidak dapat menyaksikan acara di KL Live di Kuala Lumpur boleh melayari laman Facebook MLBB http://www.facebook.com/MobileLegendsGameMalaysia/untuk menonton siaran langsung Playoffs. Bagi M1 World Championship yang akan datang, tiket kini dijual di http://www.m1.mobilelegends.com.  Untuk mendapatkan permainan Mobile Legends: Bang Bang secara percuma, muat turun dari Apple App Store atau Google Play.