Sudah enam minggu perlawanan musim Liga Profesional Mobile Legends MY/SG (MPL) Musim Keempat berlangsung. Nampaknya kita sudah menamatkan Musim Liga pada kali ini untuk beralih kepada Playoffs! Memang tidak di sangka-sangka, pelbagai ragam dan aksi yang telah ditunjukkan oleh semua pasukan. Tahniah diucapkan kepada pasukan yang berjaya melayakkan diri ke Playoffs, untuk yang tidak berjaya, teruskan menyokong mereka kerana mereka telah berusaha sedaya upaya sepanjang musim ini.

Berikut adalah keputusan bagi MPL-MY/SG Musim Semasa ke-4 minggu ke-6. Berdiri dengan penuh bangga, harimau Singapura EVOS Esports SG mendahului carta dengan 11 mata, diikuti oleh pendatang baharu; Todak di tempat kedua dan Axis Esports di tempat ketiga. Pasukan kegemaran Malaysia, Shoppee Bosskurr telah berjaya mengubah kedudukan pada minit terakhir dengan mencatat kedudukan ke-6 dalam senarai dan menjamin tempat mereka di Playoffs. Louvre Esports dan SABAH Top Player (STOP) telah menunjukkan perjuangan yang hebat di sepanjang 6 minggu ini tetapi malangnya telah tersingkir.

Berikut adalah carta kedudukan terkini:

Musim Liga Minggu 6: Pengakhiran telah tiba

Shoppee Bosskurr, salah satu daripada tiga pasukan yang diramalkan akan terkeluar daripada lower bracket berjaya membuktikan kebolehan sebenar mereka pada minggu terakhir.

Kejayaan diperoleh kali ini sangat menggemparkan para peminat pasukan itu. Minggu ini mereka berjaya menyapu kedua-dua kemenangan 2-0 ke atas pasukan terkuat Malaysia setakat ini, Axis Esports dan XPAX X-Assins.

Kemenangan ke atas pasukan XPAX telah dijangka, tetapi kemenangan bersih ke atas Axis telah menjadikan Bosskur salah satu kumpulan yang tidak boleh dipandang rendah.

Shoppee Bosskurr yang mendapat peluang kedua nampaknya akan beraksi dalam Playoffs akan datang. Dapatkah mereka memperoleh kemenangan kali ini?

Lain pula ceritanya dengan Axis Esports SG, mereka yang telah tewas dengan Shoppee Bosskurr kini ingin bangkit untuk tidak melakukan kesilapan yang sama lagi sewaktu Playoffs. Mereka yang sentiasa menunjukkan prestasi terbaik sepanjang Musim Liga tidak bimbang akan tempat di Playoffs. Apabila mereka memasuki Playoffs, mereka perlu mengekalkan strategi permainan yang terbaik sekiranya mahu meraih kejohanan seperti di Musim 2.

Pasukan Singapura Ungguli Upper Bracket di Playoffs

Evos kini telah menempah tempat teratas dalam carta kedudukan setelah berjaya menewaskan Loure Esports. Dengan kemenangan mudah 2-0 ke atas Louvre Esports, pasukan ini telah menunjukkan kebolehan mereka sejak dari hari pertama di Musim Liga sehingga kini, seterusnya menjadikan mereka pasukan yang sangat digeruni.

Manakala untuk pasukan Resurgence pula, mereka telah berjaya mendapatkan tempat ke4 dalam carta kedudukan seterusnya, melayakkan mereka untuk duduk di upper bracket Playoffs. Resurgence yang pada awalnya dianggap sebagai pasukan yang lemah kerana prestasi mereka yang kurang baik sewaktu awal musim Liga, kini telah menjadi salah satu pasukan terkuat dari Singapura. Dapatkah mereka menaikkan nama Singapura sewaktu di Playoffs nanti?


Seterusnya, beralih pada kisah Notorious Villains yang merupakan legend pada Musim Liga Musim 3 kini tidak menunjukkan prestasi yang baik sewaktu Musim ini. Apakah yang terjadi kepada pasukan ini? Kalah kedua dua perlawanan 0-2 terhadap pasukan hebat, Todak menjatuhkan mereka lebih jauh di lower bracket. Dapatkah mereka menebus kekalahan ini di Playoffs? Atau mungkin sejarah yang sama akan berulang dengan menjadikan mereka pasukan terawal tersingkir di Playoffs? Mari kita sama-sama nantikan.

2 pasukan tersingkir, 8 lagi meneruskan langkah di Playoffs

Kali ini, kita kehilangan dua pasukan, satu dari Malaysia dan satu lagi dari singapura.

Sabah Top Player (STOP) dari Malaysia dilihat memberikan prestasi yang kurang baik sepanjang Musim Liga bermula. Pada minggu terakhir mereka tidak dapat mengalahkan Resurgence dan tumpas. Tetapi, memandangkan prestasi STOP yang teruk sepanjang musim ini, kalaupun mereka menang perlawanan itu, mereka tidak mempunyai markah yang cukup untuk memasuki Playoffs.

Walau bagaimanapun, sukar untuk menyalahkan mereka, kerana pemaindari STOP kebanyakkannya adalah pemain baru. Mereka yang tersingkir tidak harus berputus asa, sebaliknya menjadikan penyingkiran ini sebagai satu semangat untuk memberikan yang lebih baik sewaktu musim akan datang.

Louvre Esports SG yang juga kurang berprestasi, mudah dikalahkan oleh pasukan terkuat Singapura, EVOS Esports SG sebagai lawan terakhir mereka. Seperti STOP, Louvre juga mempunyai pasukan dengan ramai pemain yang tidak berpengalaman, seperti yang dinyatakan oleh kapten mereka ly4ly4ly4 dalam temu bualnya sebelum ini.

Apapun tahniah diucapkan kepada kedua dua pasukan kerana telah berjaya mengharungi musim ini dan bertahan sehingga hari ini.

Keputusan keseluruhan perlawanan.

Kita telah sampai pada minggu terakhir Musim Liga MPL-MY / SG S4. Hari pertama bermula dengan pertempuran antara Geek Fam dan Xpax X-Assins; dengan juara Musim 3 itu membawa kemenangan 2-1, diikuti dengan Todak yang menang mudah 2-0 ke atas Notorious Villains. Dalam siri ketiga, kita menyaksikan kemenangan oleh Resurgence dalam perlawanan mereka menentang Sabah Top Player – STOP, diikuti oleh pasukan handalan Malysia, Axis Esports dan Team Bosskurr; dengan pasukan kegemaran Malaysia itu menutup permainan dengan skor 2-0 seterusnya, mengambil tempat di Playoffs!


Hari kedua pula, sekali lagi, EVOS Esports SG mencuri persembahan dengan permainan pantas mereka, menjatuhkan Louvre Esports dengan skor 2-0, mengakibatkan Louvre terus disingkirkan dari Playoffs. Seterusnya, kita menyaksikan kemenangan 2-0 lagi untuk Shopee Bosskurr kali ini melawan Xpax X-Assins. Mengakhiri Musim Liga dengan perlawanan antara STOP dan Todak, dengan pasukan handalan, Todak mendominasi perlawanan dengan skor 2-0!

Dengan Musim Liga yang akan berakhir, kini hanya tinggal 3 minggu lagi untuk kita menghampiri Playoffs. Kekal bersama kami untuk lebih banyak kemas kini dalam situasi yang semakin hampir untuk menentukan juara MPL-MY/SG Musim ke-4!