Kedudukan semasa bagi MPL-MY/SG Musim ke-4 Kejohanan Musim Minggu ke 4. Todak mengekalkan kedudukan pertamanya, diikuti oleh EVOS SG MY yang menaikkan kedudukan mereka dengan kelajuan yang cepat yang mana membolehkan mereka menduduki tempat kedua. Tempat ketiga pula diambil oleh Axis Esports dan hanya mempunyai perbezaan 2 mata dengan Notorious Villains yang menduduki tempat keempat. Dapatkah mereka merubah kedudukan ini? Mari saksikan aksi lebih menarik di minggu hadapan! 

Dalam perlawanan MPL MY/SG Musim 4 di minggu kedua ini, kita dapat saksikan Kaja telah banyak dipilih dan dilihat telah memberikan impak yang cukup besar di atas kemenangan ramai pasukan di dalam perlawanan pada minggu ini. 

KAJA adalah hero tank support dengan damage magic, sejak kehadiranya di land of dawn sampai sekarang hero ini masih menjadi hero meta. Hero ini mempunyai keistiewaan dalam ganking, dengan memiliki 2 role iaitu tank dan support, hero ini sangat tebal ketahanannya bergantung pada emblem dan talent yang dipilih. 

Dan bagi pro player, kaja sering digunakan sebagai initiator atau support dibanding sebagai pure tank, sekarang kita akan mendapatkan MVP player minggu ini iaitu Logan dari Shopee Bosskurr untuk membahas mengenai hero ini.

Tips GG Kaja menurut Logan, Shopee Bosskurr is Real

Logan mengenakan satu permainan yang agresif menggunakan Kaja dalam perlawanan Team Bosskurr menentang Louvre Esports…

Mobile Legends: Bang Bang 發佈於 2019年9月17日星期二

Selepas mendapat tajaan daripada platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee, pasukan Mobile Legends Boskurr Gaming yang dijenamakan semula sebagai Shopee Bosskurr sedia meluaskan empayar mereka dalam arena e-sukan ini.

Pasukan ini dilihat memberikan prestasi yang kurang baik dalam Musim Liga MPL MY/SG Musim 4 ini, akan tetapi pada minggu ini, Shopee Bosskurr dilihat memberikan permainan terbaik menentang Lourve Esports.

Logan yang menggunakan Kaja telah memperoleh MVP pada salah satu perlawanan mereka seterusnya mencatatkan kemenangan 2-1 untuk pasukan mereka. Pada perlawanan tersebut, Logan dilihat menggunakan Kaja dengan baik sekali tanpa sekalipun terbunuh oleh pasukan lawan. 

Oleh itu, pada minggu ini kami mendapatkan kesempatan untuk berbincang santai dengan Logan mengenai tips bermain Kaja. Logan juga sangat teruja untuk berkongsi pengalaman bermain menggunakan Kaja dengan baik dan benar. Untuk semakin GG menggunakan Kaja, pelajari baik-baik tips GG Kaja langsung dari ahlinya,Logan dari Shopee Bosskurr.

Build Items

Build Kaja serupa seperti build item tank terhadap umumnya, sudah memadai untuk fokus terhadap item-item defense dan menyesuaikan nya dengan skil fisikal/magic yang ada terhadap team pihak lawan.

 

 

Menurut Logan hero ini termasuk OP jika player yang memainkannya boleh memanfaatkan keunggulan yang ada padanya serta memaksimum kan penggunaan ketiga- tiga skillnya. 

Cara bermain hero ini agak sedikit beebeza dengan tank pada umumnya, kita tidak boleh meletakkan Kaja di posisi terlalu hadapan dan menerima semua damage begitu saja kerana hero ini tidaklah sekeras full pure tank seperti Tigreal atau Akai, kalau kita dapat lihat kesemua skillnya tidak memiliki defense atau bonus pertahanan yang significant melainkan effect movement speed dan magic damage, sehingga role nya terasa kurang mantap sebagai full tank.

Logan biasanya memanfaatkan item build di atas dan dia menyarankan para pemain untuk  membeli item item di atas untuk menghasilkan damage terus menerus terhadap pihak musuh.

Build di atas adalah yang menurut Logan yang paling ideal, namun ia bergantung kepada situasi dan kepentingan hero tersebut terhadap seseorang pemain.                                          Emblem dan battle spell

Bagi emblem, Logan mencadangkan custom support emblem. Meskipun darahnya tidak setebal ketika memakai emblem custom tank, dengan memakai emblem custom support banyak kelebihan yang boleh diperoleh oleh Kaja seperti:

Movement speed, hybrid penetration, hybrid regen dan juga seperti talent FOCUSING MARK, AVARICE, PULL YOURSELF TOGETHER. 

Untuk battle spell, anda boleh menggunakan flicker. Flicker digunakan untuk lebih mobility, spell ini sangat berguna untuk escape disaat genting atau mengejar musuh yang berusaha melarikan diri, dan yang paling penting pemain boleh menggabungkan spell ini dengan skill ultimate untuk menculik/menciduk musuh secara sempurna.