Sudah tiga minggu perlawanan musim Liga Profesional Mobile Legends MY/SG (MPL) Musim Keempat berlangsung. Banyak kejutan yang terjadi selama berlangsungnya perlawanan ini. Nampaknya MPL MY/SG Season 4 kali ini, kita dapat melihat pasukan-pasukan baru telah menunjukkan gameplay yang sangat mantap. Berikut adalah carta kedudukan terkini :

Musim Liga Minggu 3: Pasukan baru rampas gelaran juara

Dengan perbezaan hanya 2 mata, pasukan yang menduduki tempat pertama dan kedua adalah dua pasukan Malaysia yang mempunyai prestasi tinggi, iaitu Axis Esports dan Todak.

Kedua-dua pasukan ini menunjukkan corak permainan yang berbeza pada 2 minggu pertama dengan strategi dan pemilihan wira yang sangat unik. 

Tidak disangka-sangka pada minggu ke-3 ini, pasukan baru, Todak telah berjaya merampas kemenangan mutlak milik Axis Esport. Axis yang selama ini berjaya mempertahan kan kemenangan mereka akhirnya tewas setelah ditumbangkan oleh pasukan baru itu.

Moonnnnnn

Moon yang sememangnya handal menggunakan Gusion, telah berjaya membelasah pasukan Axis Esport dengan menggunakan hero itu hasil daripada potensi burst damage yang sangat tinggi yang berjaya dihasilkan.

 

Perlawanan sengit itu dilihat semakin mendebarkan apabila Axis Esport berjaya menyamakan kedudukan dengan Todak,1-1 dengan epic comback dan meta hero yang baru dalam game berdurasi 16 minit itu. Malangnya, kemenangan tidak lama untuk Axis apabila perlawanan terakhir dimenangi oleh Todak dengan komposisi dan strategi lawan yang baru. Mereka dilihat lebih berhati-hati berbanding game sebelumnya dan perlahan-lahan mengatur langkah dalam memenangi perlawanan terakhir itu setrusnya menjadikan mereka Juara dalam carta kedudukan minggu ini. 

 

Pasukan Malaysia masih ungguli carta kedudukan

Pada minggu ini dilihat pasukan terkuat dari Singapura, EVOS Esport SG telah berjaya ditewaskan oleh Axis Esport. 

 

Dua kumpulan ini telah menjadi pesaing sejak dari MPL MY/SG Musim ke-2. Waktu itu, EVOs dilihat sebagai pasukan terkuat Singapura setelah memenangi tempat kedua dalam MPL MY/SG Musim 3, manakala Axis (dahulunya Saiyan Reborn) tidak beraksi begitu baik dan terkeluar awal sewaktu playoffs. 

Lain pula kisahnya pada Musim ini, Axis Esport terlihat sebagai pasukan terkuat setakat ini, setelah berjaya mengalahkan pasukan terhebat Singapura, EVOS Esport SG. Scott, X-Borg dilihat mengganas dalam salah satu perlawanan menentang EVOS Esport SG itu. Mempunyai Skill dengan AoE dan Burst True Damage yang besar, X-Borg yang dimainkan dalam game tersebut dilihat  memiliki daya tahan yang kuat untuk seorang Fighter seterusnya, membakar kesemua ahli pasukan EVOS Esport dengan mudah. 

Keputusan ini seterusnya menyebabkan EVOS Esport SG terpaksa turun ke tangga ke-5 dalam carta kedudukan terkini. 

Selain itu, Geek Fam yang merupakan Juara MPL MY/SG Musim 3 masih gagal menunjukkan prestasi yang baik. Dalam Minggu 1, mereka telah kalah teruk, 2EZ4JEPV selaku kapten pasukan itu mendakwa kekalahan itu disebabkan oleh ketiadaannya. Justeru, pada minggu kedua, dengan adanya keberadaan kapten pasukan mereka, Geek fam dilihat seperti mempunyai sinar baru dengan kemenangan pada minggu itu. Tetapi, harapan menjadi hampa setelah minggu ke-3, Geek fam sepertinya telah turun ke tangga kedua terakhir dalam carta kedudukan setelah di belasah teruk oleh pasukan dari Singapura, Notorious Villains pada minggu ini. Dapatkah kita menyaksikan pasukan kebanggaan Malaysia ini bangkit sekali lagi? 

 

 Sementara itu, Minggu 3 juga menyaksikan pertembungan bekas rakan sepasukan, di mana Resurgence dilihat bangkit melawan Louvre Esports, mengalahkan mereka 2-1 dan menjatuhkan Louvre lebih jauh di bawah carta kedudukan.

Sebaliknya, Resurgence yang sebelum ini tidak bermain begitu baik, telah berjaya mengubahnya pada Minggu 3. Dari hanya menang 1 kali, mereka telah berjaya menang sehingga 3 kali, menjatuhkan kedua Louvre dan XPAX X-Assins ( 2-1), satu lagi pasukan Malaysia yang kurang baik di bahagian bawah carta.

XPAX berjaya memenangi satu lagi perlawanan minggu ini, dengan mengalahkan Notorious Villains 2-0.Pada musim lalu, XPAX X-Assins berjaya mara ke pusingan kalah mati (Playoff) dan meraih tempat ketujuh dan kelapan. Dapatkah mereka memberikan permainan yang lebih baik pada minggu hadapan sekaligus menempah nama sekali lagi dalam Playoffs?

 

Keputusan Keseluruhan Perlawanan

Minggu Ketiga dimulakan dengan prestasi baik daripada Axis Esports yang mempertahankan kemenangan berterusan mereka. Kali ini mereka berhadapan dengan EVOS SG MY. Ini diikuti oleh Todak yang mempunyai kemenangan 2-0 berlawan dengan bekas juara Geek Fam Mobile Legends Malaysia. Perlawanan ketiga merupakan perlawanan antara dua pasukan Singapura, iaitu Resurgence yang telah berjaya mengalahkan Louvre Esports dengan 2-1. Hari pertama tamat dengan perlawanan yang sengit antara Xpax X-Assins dengan Notorious Villains. Pasukan Malaysia berjaya mendapatkan kemenangan dengan 2-0

Hari kedua Minggu Ke-3 untuk Musim Regular menyaksikan pasukan kegemaran Malaysia telah menewaskan SABAH Top Player (STOP) 2-1 kemudiannya diikuti dengan kekalahan pertama dalam musim ini untuk Axis Esports. Ini mengakibat kan pihak lawan mereka, Todak kini berada di kedudukan teratas. Resurgence dari Singapura pula menunjukkan kebolehan mantap semasa menentang Xpax X-Assins, mencuri kemenangan dengan skor 2-1. Kita menamatkan minggu ini dengan pasukan juara Musim Ke-3, Geek Fam menentang Notorious Villains. Pasukan Singapura ini berjaya menuntut kemenangan dengan skor 2-1!

 

Kedudukan semasa bagi MPL-MY/SG Musim ke-4 Kejohanan Musim Minggu ke-3. Todak berjaya merampas tahta tempat pertama Axis Esports dan memperolehi kedudukan tertinggi. Diikuti oleh Notorious Villains di tempat ke-3 yang berbeza hanya 1 mata berbanding Resurgence di tempat ke-4. Dengan 2 pasukan tertinggi dari Malaysia, adakah berkemungkinan besar pasukan Malaysia akan sekali lagi mendominasi MPL-MY/SG Musim ke-4 ini?

 

Nantikannya di Minggu ke-4 pada 14-15hb Sept!