Sudah lima minggu perlawanan musim Liga Profesional Mobile Legends MY/SG (MPL) Musim Keempat berlangsung. Nampaknya kita sudah semakin menghampiri penamat untuk ke pusingan Playoffs. Setakat ini, kita dapat lihat semua pasukan berusaha sedaya upaya untuk menempah nama dalam carta kedudukan, seterusnya melayakkan diri ke Playoffs! Pasukan Todak nampaknya masih lagi tidak memperoleh kemenagan pada mingggu ini. Apa yang sudah jadi kepada pasukan ini?
Berikut adalah carta kedudukan terkini:
Musim Liga Minggu 5: Pasukan Todak semakin hilang arah
Kalau kita lihat performance yang diberikan oleh Todak dalam MPL MY/SG Season 4, kita boleh lihat betapa kemasnya gameplay yang mereka tunjukkan. Walaupun pasukan ini baru sahaja ditubuhkan semenjak February 2019, pasukan ini telah memasuki lebih daripada 10 tournament dan 3 tournament terbesar seperti Mobile Legends Geek Championship (MGC), Supacomic Allstar dan Axis MLBB League.
Menunjukkan performance yang terbaik dari minggu pertama, Todak merupakan pasukan yang digeruni ramai pasukan. Merekod kan kemenangan menyeluruh tanpa satu kekalahan dari minggu pertama, membuatkan Todak sentiasa berada di puncak dalam carta kedudukan.
Tetapi sekarang, selepas kalah di tangan XPAX X-Assins, Todak nampaknya telah kehilangan kelebihan mereka. Dalam Minggu 5, mereka turun 0-2 melawan Resurgence, seterusnya mengalami kekalahan 2 mereka musim ini.
Kini kedua-dua pasukan masing-masing berada dalam kedudukan ketiga dan keempat, dan secara purata hanya satu pembunuhan setiap permainan, mari kita lihat samada kedua-dua pasukan mampu atau tidak untuk mengekalkan kedudukan di Upper Bracket .
Walaupun ia bukan sesuatu yang akan melumpuhkan Todak, kerana mereka telah membina momentum yang besar dari kemenangan awal mereka dan pasti akan kekal di tangga teratas carta, namun kekalahan seperti ini akan memburukkan semangat mereka.
Setakat ini, mereka masih mempunyai dua pertandingan yang tinggal di Minggu 6. Minggu hadapan mereka akan menentang Notorious Villains dan Sabah Top Player, dapatkah mereka menengeluarkan kembali paruh Todak yang tajam atau mereka masih akan kecundang? Mari saksikan dalam minggu ke 6 nanti.
Ragam Pasukan Malaysia : XPAX X-Asssins semakin merudum, Geek Fam mengorak langkah
Menyentuh mengenai pasukan Malaysia, Geek Fam, walaupun mereka adalah juara musim lalu, musim ini mereka masih belum berjaya untuk menunjukkan prestasi yang bagus. Kita dapat lihat mereka memasuki musim ini dengan keyakinan tinggi, meletakkan pemain baru OZORAVEKI dan RUMPEL, tetapi malangnya seperti tidak berhasil untuk membantu pasukan itu terus naik. Namun begitu, nasib baik nampaknya menyebelahi mereka, Geek Fam telah berjaya memenangi perlawanan menentang, Shopee Bosskurr (2-0) dan Louvre Esports (2-1). Meletakkan mereka ditangga ke 6 pada minggu ini, dengan hanya 1 pertandingan yang berbaki dalam Minggu 6 menentang XPAX X-Assins. Ini adalah peluang yang baik untuk Geek Fam menempah nama dalam Playoffs pada musim ini.
Mari sama sama harapkan yang terbaik untuk juara MPL MY/SG Musim ke 3 ini!
Lain pula ceritanya dengan XPAX X-Assins, mereka yang baru ingin bermegah dengan kemenangan menentang sang juara pada minggu lalu, telah di habiskan dengan kekalahan menentang EVOS Esports SG (0-2). Kekalahan ini meletak kan mereka di posisi yang sangat bahaya dalam lower bracket. Dapatkah mereka membuktikan diri mereka kembali?
Dan tentu saja, siapa yang boleh melupakan Axis? Bermain sebagai Saiyan Reborn, mereka adalah underdogs yang mengagumkan dalam Musim 2. Walaupun dalam Musim 3, mereka tidak bernasib baik, musim ini mereka telah kembali mengganas untuk kemenangan. Ini jelas ditunjukkan dalam prestasi Minggu 5 mereka, di mana mereka menunjukkan perlawanan terbaik dan tidak kendur, malah menentang pasukan yang lemah seperti Louvre dan Sabah Top Player(2-1), dengan mudah mengangkat mereka untuk mendaki lebih tinggi.
Harimau semakin mengganas: Evos Esport SG baham pasukan lawan
EVOS, sudah tentu mengalahkan lawan mereka, meraih kemenangan bersih 2-0 pada hari kedua ke atas Notorious Villains, sebuah pasukan yang mempunyai bekas pemain bintang mereka, Kolia.
Kali terakhir, Notorious Villains mengalami keklahan awal sewaktu di MPL MY/SG Musim 3, sementara EVOS pula maju ke peringkat akhir dan jatuh ke tangan Geek Fam. Musim ini, mungkin Kolia dan skuadnya akan mendapat nasib yang lebih baik?
EVOS seolah-olah menjadi pasukan yang lebih baik secara keseluruhan, berdasarkan prestasi mereka musim ini, tetapi Notorious Villains tidak sama sekali dan tidak boleh ditumbangkan dengan mudah.
Keputusan keseluruhan Perlawanan
Minggu ke-5 dimulakan dengan perlawanan antara EVOS Esports SG dan Xpax X-Assins; dengan kemenangan 2-1 memihak kepada pasukan dari Singapura, diikuti dengan kemenangan mudah 2-0 Axis Esports ke atas Louvre Esports.
Pada siri ketiga ini, kita menyaksikan kemenangan memihak Resurgence dalam perlawanan menentang Todak, diikuti oleh aksi yang mengagumkan daripada juara bertahan Geek Fam menentang pasukan kegemaran Malaysia Shopee Bosskurr dengan kemenangan mudah 2-0 menjadi milik Geek Fam.
Hari ke 2 telah selesai dengan kemenangan daripada pasukan paling kuat dari Singapore iaitu EVOS Esports SG dan kali ini dengan saingan Notorious Villains. Diikuti dengan juara bertahan iaitu Geek Fam mengalahkan Louvre Esports 2-1. Minggu 5 ditamatkan dengan perlawanan antara SABAH Top Player dan Axis Esports; Axis mendahului dengan skor 2-1.
Berikut adalah kedudukan terkini Liga Bermusim MPL-MY/SG Musim Ke-4 Minggu Ke-5. EVOS ESports SG meneruskan rentak cemerlang dan kini berjaya menakluk kedudukan tangga teratas, dan mengikuti rapat di tangga kedua adalah Axis Esports dengan perbezaan 2 mata. Todak yang telah mengalami kekalahan kali kedua musim ini pula menduduki tangga ketiga manakala Resurgence menduduki tangga keempat.
Juara bertahan Geek Fam berjaya melepaskan diri dari zon bahaya pada minggu ini untuk berada di kedudukan selamat tangga keenam, namun sebaliknya yang menimpa SABAH Top Player dan Louvre Esports, masing-masing kini berada dalam keadaan bahaya dan berisiko kehilangan tempat di Playoff. Adakah ini merupakan pengakhiran buat kedua-dua pasukan bagi musim ini?
Nantikan Minggu Ke-6 pada 28hb -29hb September ini!