Sudah empat minggu perlawanan musim Liga Profesional Mobile Legends MY/SG (MPL) Musim Keempat berlangsung. Banyak kejutan yang terjadi selama berlangsungnya perlawanan ini. Nampaknya MPL MY/SG Season 4 kali ini sudah semakin hampir ke penghujung nya. Minggu ini, kita telah dikejutkan dengan kekalahan pasukan baru dari Malaysia, yang sebelum ini dilihat sebagai juara bertahan yang tidak dapat ditewaskan.Berikut adalah carta kedudukan terkini :

Musim Liga Minggu 4 : Kemenangan Todak akhirnya tiba di penghujung

Ini adalah sesuatu yang tidak diduga. Todak, satu pasukan yang telah menjuarai setiap perlawanan dalam pertandingan musim ini dari minggu pertama, akhirnya kalah satu perlawanan pada minggu ini. 

Paling tidak di sangka – sangka, pasukan tempat pertama ini telah dikalahkan oleh pasukan yang selama ini dianggap kurang menunjukkan prestasi yang baik, XPAX X-Assins dengan mata sebanyak 2-1. Adakah ini tandanya, XPAX X-Assins akan mula mengatur langkah mereka atau ini cuma satu kebetulan? Di sebut sebagai ‘dejavu’, kemenangan bersejarah XPAX X-ASSIN ke atas EVOS Esports SG pada minggu 4 MPL-MY / SG Musim 3 juga pernah menghasilkan banyak liputan berita dan rasa gembira daripada peminat Malaysia melalui media sosial sepanjang minggu.

Bagaimanapun, ini boleh dikatakan satu perlawanan yang sangat sengit di mana pasukan XPAX X-Assins dilihat telah menunjukkan game play dan strategi yang sangat baik sewaktu menentang Todak. Harith Raisyaa telah menyumbang banyak kill kepada pasukan XPAX X-Assins sekaligus mengeluarkan magic damage yang sangat tinggi sehingga tidak dapat dibendung oleh pasukan Todak.

Kekalahan kali ini, harus dijadikan sebagai pengajaran kepada pasukan Todak untuk tidak memandang rendah mana mana pasukan dan sentiasa bersedia dengan setiap perlawanan yang akan berlangsung.

 

Kemenangan dan kekalahan yang tidak dijangka 

Pada minggu ke-4, EVOS Esports SG telah berjaya menyapu bersih dua kemenangan ke atas Shopee Bosskurr dan Sabah Top Player (STOP) dengan mata sebanyak 2-0.

EVOS yang sentiasa menjadi pasukan yang kuat sejak penampilan sulung mereka dalam Musim 2, dengan reputasi sebagai pemain terkuat Singapura, EVOS pada awalnya menunjukkan prestasi kurang baik tetapi berjaya menaikkan semula nama mereka dengan pantas setelah menjuarai perlawanan minggu ini.  

Selain itu, pada perlawanan Minggu Ke-4, kita telah menyaksikan juara bertahan Geek Fam telah berjaya menumpaskan Resurgence 2-1. Geek Fam nampaknya mencuba sedaya upaya mereka untuk meraih kejuaraan pada beberapa minggu yang tinggal sebelum berakhirnya Musim ini. 

Dapat dilihat, Juara Musim ke 3,Geek Fam berada di posisi yang menakutkan dalam carta kedudukan terkini. Dapatkah mereka mengungguli carta kedudukan pada minggu hadapan, seterusnya melayakkan diri ke Playoffs? 

Sementara itu, bekas juara Axis Esport SG, kecewa merasakan kekalahan sekali lagi terhadap Notorious Villains dengan kemenangan 2-0. Kemenangan mudah itu diperoleh oleh pasukan Notorious Villains dengan susunan meta hero yang cantik serta strategi yang hebat. 

Pasukan Singapura itu dilihat semakin mengganas di minggu-minggu akhir MPL MY/SG Musim 4 ini. Mereka kita berada ditangga ke 3 betul betul di bawah pasukan Axis. 

Lain pula kisahnya dengan pasukan Shopee Bosskur, selepas mendapat tajaan daripada platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee, pasukan Mobile Legends Boskurr Gaming yang dijenamakan semula sebagai Shopee Bosskurr pada mulanya dilihat sudah bersedia meluaskan empayar mereka dalam arena e-sukan ini.

Malangnya bagi mereka, ketidakberadaan bekas ketua pasukan mereka,Fredo telah membuat pasukan ini semakin tidak bermaya.Walaupun menjadi kesukaan Malaysia, prestasi Team Bosskurr pada musim ini tidak memberansangkan, walaupun mereka telah cuba sedaya-upaya. 

Sama seperti Louvre Esports dengan ly4ly4ly4 mengetuai pasukannya. Walaupun MR VI (bekas kapten Bigetron) mendakwa bahawa Ly4ly4ly4 adalah ketua pasukan yang baik untuk Louvre menerusi beberapa interview, Ly4 tidak menggunakan kemahiran itu. 

Tetapi, sekurang-kurangnya Louvre telah menang 2-0 melawan STOP, sekaligus meletakkan mereka pada 2 kemenangan.

Bercakap mengenai STOP, pasukan itu dilihat menampilkan prestasi yang sangat corot dengan 0 kemenangan. Pasukan baru ini, dijangkakan akan tersingkir daripada perlawanan sekiranya mereka langsung tidak dapat memperoleh apa apa kemenangan pada minggu minggu seterusnya. 

Pasukan-pasukan dari Malaysia perlu bekerja keras selepas ini apabila pasukan Singapura kini menguasai bahagian atas papan pendahulu liga. Sebagai negara juara bertahan, mereka harus pantas mencari jalan, memahami meta semasa permainan untuk memenangi baki perlawanan mereka.

 

Keputusan Keseluruhan Perlawanan

Perlawanan Minggu Ke-4, dimulakan dengan juara Musim 3,Geek Fam berjaya menumpaskan Resurgence 2-1, diikuti kekalahan mengejut dari Shopee Bosskurr kepada EVOS SG MY. 

Dalam siri ketiga, persembahan hebat Louvre Esports telah berjaya menenggelamkan SABAH Top Player – STOP dengan kemenangan 2-0. Perlawanan hari pertama itu diakhiri dengan pertempuran antara Axis Esports dan Notorious Villains; dengan kemenangan berpihak kepada pasukan Singapura dengan skor 2-0!

Hari ke 2 Minggu 4 bagi Musim Regular pula ditamatkan dengan perlawanan pertama, pasukan kegemaran pemain Malaysia ShopeeS Bosskurr mengalahkan Louvre Esports dengan 2-1. 

Seterusnya, kemenangan perlawanan kedua diambil oleh Xpax X-Assins menentang Todak. Dalam perlawanan ketiga, pasukan Resurgence mengambil kemenangan daripada Notorious Villains. 

Perlawanan yang terakhir yang merupakan perlawanan yang menamatkan perlawanan minggu ini merupakan perlawanan antara SABAH Top Player – STOP menentang EVOS SG MY. EVOS SG MY memenangi perlawanan tersebut dengan 2-0.

Berikut merupakan kedudukan untuk Minggu 4 bagi Musim Regular Musim 4 MPL-MY/SG:

Todak mengekalkan kedudukan pertamanya, diikuti oleh EVOS SG MY yang menaikkan kedudukan mereka dengan kelajuan yang cepat yang mana membolehkan mereka menduduki tempat kedua. Tempat ketiga pula diambil oleh Axis Esports dan hanya mempunyai perbezaan 2 mata dengan Notorious Villains yang menduduki tempat keempat. Bekas juara Geek Fam dan SABAH Top Player (STOP) pula berada di kedudukan bahaya yang mana boleh menyebabkan mereka kehilangan peluang untuk bermain di Playoffs. Adakah mereka boleh mewujudkan keajaiban dalam perlawanan pada minggu akan datang?

Mari kita sama sama nantikan Minggu 5 pada 21-22 Sept ini.