Meta Analisis Minggu 3: Gusion assasin pembunuh

 

Kedudukan semasa bagi MPL-MY/SG Musim ke-4 Kejohanan Musim Minggu ke-3. Todak berjaya merampas tahta tempat pertama Axis Esports dan memperolehi kedudukan tertinggi. Diikuti oleh Notorious Villains di tempat ke-3 yang berbeza hanya 1 mata berbanding Resurgence di tempat ke-4. 

 

Dalam perlawanan MPL MY/SG Musim 4 di minggu kedua ini, kita dapat saksikan Gusion telah dipilih dan dilihat telah memberikan impak yang cukup besar di atas kemenangan ramai pasukan di dalam perlawanan pada minggu ini. 

 

Gusion merupakan hero Mobile Legends yang mempunyai kemampuan sangat unik. Hero ini mempunyai pergerakan sangat lincah dan dapat menghasilkan serangan dengan magic damage yang tinggi. 

 

Menjadi salah satu hero yang kerap dipilih pada minggu ini, Gusion menyumbang 46 peratus win rate kepada keseluruhan pasukan yang menggunakannya pada minggu ke-3. 

 

Perlawanan Tumpuan:

 

Todak vs Axis Esport

  

Tidak disangka-sangka pada minggu ke-3 ini, Axis yang selama ini berjaya mempertahan kan kemenangan mereka akhirnya tewas terhadap pasukan baru, Todak.

 

Pada perlawanan sengit ini, Moon yang sememangnya handal menggunakan Gusion dan merupakan antara salah seorang Top global hero ini, telah berjaya membelasah pasukan Axis Esport dengan menggunakan hero itu hasil daripada potensi burst damage yang sangat tinggi yang berjaya dihasilkan.

 

Moonnnnnn

Walaupun memiliki role sebagai Assassin, Gusion memiliki jajaran skill yang menghasilkan magic damage dibandingkan physical damage. Dengan spesialisasi Charge/Burst Damage tentu membuat hero ini sangat lincah disertai damage mematikan.

 

Pada minggu ini kita dapat mempelajari sedikit sebanyak teknik yang boleh digunakan untuk hero Gusion daripada pemain handalan Todak, Moon. Berikut adalah item build dan teknik yang dicadangkan oleh Moon sewaktu menggunakan Gusion:

 

  1. Concentrated Energy: Item ini akan menambahkan +70 Magic Power dan +700HP. Pemain juga bakal mendapatkan 10% dari HP ketika melakukan kill.

  2. Beast Killer : Menerima tambahan 30% poin experience dari monster jungle. Memulihkan 4% dari HP maksimum dan 10% dari Mana maksimum setelah membunuh monster.

  3. Magic Shoes : Item ini akan menambahkan +40 Movement SPD.

  4. Calamity Reaper : Item ini akan memberikan +70 Magic Power, +400 Mana dan +10% Cooldown Reduction. Setelah melakukan skill, basic attack selanjutnya akan memberikan extra true damage.

  5. Holy crystal: Item ini kan membantu menambahkan magic attack +15% setelah skill mengenai target musuh.

  6. Winter Truncheon : Setelah menggunakan skill ini, Gusion tidak dapat melakukan apa-apa selama 2 saat, namun dia juga kebal dari damage atau sebarang effect. Skill ini memiliki Cooldown selama 100 saat. 

 

Manakala, untuk battle spell, Gusion dapat menggunakan Retribution ataupun Flicker. Sementara untuk pemilihan emblem, Moon mencadangkan hero Magic Assassin ini menggunakan Common Assassin Emblem. 

 

Itu sahaja perkongsian untuk minggu ini. Dengan penggunaan hebat hero Gusion adakah berkemungkinan besar pasukanTodak akan sekali lagi mendominasi minggu seterusnya di MPL-MY/SG Musim ke-4 ini?

 

Nantikannya aksi mereka di Minggu ke-4 pada 14-15 September ini.