Minggu Kedua Musim 4 MPL-MY/SG telah pun berakhir. Pasukan yang mendahului masih merupakan Axis Esports. Mereka mendahului 2 mata berbanding dengan Todak, diikuti oleh EVOS SG MY dan Notorious Villains yang hanya mempunyai perbezaaan 1 mata.

Dalam perlawanan MPL MY/SG Musim 4 di minggu kedua ini, kita dapat saksikan Grock telah dipilih dan dimainkan paling kerap oleh ramai pasukan di dalam perlawanan. 

Dengan 75 peratus pick rate pada minggu kedua, Grock telah berhasil dimainkan dengan 51.8 peratus win rate pada keseluruhan perlawanan minggu kedua. 

Antara sebab mengapa hero ini dipilih adalah kerana Grock merupakan hero Tank yang memiliki burst damage dan defense cukup besar.

Grock tidak terlalu susah untuk dimainkan dan kelebihan yang ada padanya adalah sewaktu pemain berada hampir dengan tembok, defense dan movement speed Grock akan terus meningkat secara automatik.

 

Perlawanan Tumpuan:

 

Todak vs EVOS Esports SG

Dalam perlawanan menentang pasukan terkuat Singapura,EVOS Esports SG ini, Eoneeeeee daripada pasukan Todak telah menggunakan Grock dengan sangat hebat pada kedua dua game 1 dan 2. Dalam perlawanan tersebut, Eoneeeeee dilihat menggunakan Wild Charge dan menerjah ke arah musuh sekaligus menghasil kan physical damage pada semua musuh yang terkena skill tersebut.

Axis Esports vs XPAX X-Assins

Sebagai pasukan teratas dalam carta kedudukan setakat ini, Axis terlihat banyak menggunakan hero Grock dalam perlawanan mereka. Dapat dilihat dalam permainan menentang XPAX X-Assins dengan skor 2-0, Evilx telah memilih hero Grock dalam kedua dua perlawanan. Dia dilihat mampu mengusai semua kelebihan yang ada pada Grock terutamanya ketika teamfight. Evilx dilihat menggunakan Power of Nature ketika musuh sedang berkumpul, agar mereka memperoleh status slow dan damage secara bersamaan seterusnya, memberi peluang kepada ahli pasukannya untuk melakukan serangan. 

 

Pemilihan Item dan Emblem yang terbaik untuk Hero Grock.

Pemilihan item dan emblem sangat penting dalam permainan. Jika para pemain gagal memanfaatkan pembelian item ini, ia akan menjadi sangat sulit untuk mereka mengimbangi perlawanan. 

Grock yang ada di panduan ini menitik-beratkan pada durability, kerana Grock akan sering berada di tengah-tengah musuh, sehingga item yang dibuat kebanyakkannya memiliki status tersebut.

  1. Boots of Tranquility

Boots of Tranquility dianggap sebagai item yang paling optimal bagi Grock. Item ini dapat memberikan kesan sebanyak 10 peratus peningkatan regenerasi yang dimiliki oleh Grock sehingga boleh dilihat sinergi dengan Ancestral Gift.

  1. Blade Armor

Oleh kerana, Grock selalu berada di barisan hadapan, dia akan sering menerima pukulan kerana ukurannya yang besar. Untuk itu ada baiknya Grock menggunakan Blade Armor yang bakal mengembalikan 25 peratus damage yang diterima menjadi serangan fizikal bagi penyerangnya.

  1. Dominance Ice

Grock agak sedikit miskin mana kerana itu Dominance Ice bakal memberikan tambahan mana yang dibutuhkan Grock di mid game. Selain itu efek Artic Cloud yang akan melambatkan pergerakan lawan akan bersinergi dengan skill Power of Nature. 

  1. Immortality

Sesuai dengan namanya, Immortality akan memberikan kesempatan kedua bagi siapapun yang memilikinya. Immortal Resurrection akan membangkitkan Grock sekali lagi dengan 15 persen HP dan shield yang mampu menyerap 300 hingga 1000 damage. 

  1. Demon’s Advent

Demon’s Advent menjadi pilihan Grock kerana sewaktu late game sudah banyak hero yang boleh memberikan damage serius bagi Grock. Dengan adanya Demon’s Advent, Grock bisa bertahan sedikit lebih lama di tengah-tengah war.

Untuk pemilihan emblem kami mengesyorkan Grock untuk menggunakan emblem Tank. 

Manakala, untuk battle spell pula hero Grock boleh menggunakan berbagai Battle Spell. Pemain boleh menggunakan Flicker untuk melakukan inisiasi, Healing Spell untuk meningkatkan durability, atau Petrify untuk mengunci satu target ketika diperlukan.