Berikut adalah kedudukan terkini Liga Bermusim MPL-MY/SG Musim Ke-4 Minggu Ke-5. EVOS ESports SG meneruskan rentak cemerlang dan kini berjaya menakluk kedudukan tangga teratas, dan mengikuti rapat di tangga kedua adalah Axis Esports dengan perbezaan 2 mata. Todak yang telah mengalami kekalahan kali kedua musim ini pula menduduki tangga ketiga manakala Resurgence menduduki tangga keempat.

Untuk meta analysis minggu ini kita akan membahas mengenai satu hero tank yang kurang popular, tapi pedih bisa dan damage yang dihasilkannya iaitu, Franco.

Franco ketika ini termasuk salah satu tank yang tidak popular di MPL MY/SG Musim ini. Kelebihannya melemparkan Iron Hook memang menakutkan, dan dikombinasikan dengan skill ultimate iaitu Brutal Massacre, Franco dapat memastikan musuh mati seketika.

Namun, Iron Hook ini sukar digunakan, dan bila terlepas atau tidak mengenai, kita harus menunggu cooldown yang cukup lama.

Ini menjadikan Franco seorang hero “high risk high return”. Ditambah lagi, Iron Hook hanya boleh mengenai seorang dalam satu masa, wajar bila Franco kurang popular dengan hero Tank lain seperti Grock, Akai, atau Gatotkaca.

Tips berkesan untuk hero Franco dari MVP Player Minggu ke 5: Xorn, Geek Fam

Minggu ini kita dapat menyaksikan MVP of the week, Xorn dari memberikan tips terbaik untuk memainkan hero Franco.

Xorn dari Geek Fam telah melakukan permainan fenomena ketika menggunakan Franco dalam perlawanan mereka menentang Louvre Esports dalam Minggu ke-5.

Xorn

Memainkan Hero Tank, item binaannya memberikan perbezaan yang sebenar. Binaan ini berjaya ke atas Xorn kerana dia benar-benar memahami kekuatan Franco sebagai karakter DPS yang membenarkannya menguruskan musuh dalam sekelip mata.

Mempercayai rakan sepasukannya semasa teamfight telah melayakkan dirinya dinobatkan gelaran MVP pada minggu ini.

Oleh itu, pada minggu ini kami mendapatkan kesempatan untuk berbincang santai dengan Xorn mengenai tips bermain Franco. Xorn juga sangat teruja untuk berkongsi pengalaman bermain menggunakan Franco dengan baik dan benar. Untuk semakin GG menggunakan Franco, pelajari baik-baik tips GG Franco secara langsung dari Xorn, Geek Fam:

1)item builds

Build item Franco sebaiknya fokus pada cooldown reduction semaksimum yang mungkin supaya pemain boleh menggunakan skill 1 dengan kerap di sepanjang game, seterusnya, build juga sedikit mana regan kerana tanpa regenerasi mana pemain akan cepat kehabisan mana dan harus recal di base seterusnya menjadikan game itu tidak efektif kerana membuang masa.

Menurut Xorn pemain Franco yang baik harus tahu bahwa Iron Hook tidak boleh diarahkan terus ke hero lawan, tapi perlu diarahkan ke posisi ke mana lawan akan bergerak.

Umumnya, Iron Hook boleh diarahkan sedikit di depan hero musuh, tetapi musuh yang hebat juga bisa melakukan gerakan tipuan agar pemain boleh salah prediksi. Teknik ini memerlukan latihan, dan semakin sering seseorang pemain itu bermain Franco maka mereka akan semakin pandai mengagak arah gerakan lawan.

Xorn biasanya memanfaatkan item build di atas dan dia menyarankan para pemain untuk  membeli item item di atas untuk menghasilkan damage terus menerus terhadap pihak musuh.

Build di atas adalah yang menurut Xorn yang paling ideal, namun ia bergantung kepada situasi dan kepentingan hero tersebut terhadap seseorang pemain.

Para pemain juga boleh memanfaatkan cara bermain Franco yang betul menerusi perlawanan Geek Fam menentang Lourve Esports pada minggu ini :

Xorn Mobile Legends dari Geek Fam Mobile Legends Malaysia telah melakukan permainan fenomena ketika menggunakan Franco…

Mobile Legends: Bang Bang 發佈於 2019年9月25日星期三

2) Emblem dan battle spell

Menurut Xorn, pemain harus menggunakan Flicker untuk escape disaat kritis atau boleh juga mengejar musuh yang berusaha melarikan diri, seterusnya yang paling penting spell ini boleh dimaksimalkan untuk kombo dengan skill 1 (kombinasi flicker hook).

Untuk emblem kita bisa gunakan Tank atau Support emblem.