Pada minggu pertama permulaan musim Liga Profesional Mobile Legends MY/SG (MPL) Musim Keempat,kita dapat lihat pelbagai kejutan dan aksi yang menarik telah diberikan oleh semua pemain.

Musim Liga kali ini akan menyaksikan perubahan pada sistem kutipan mata. Kali ini, setiap kedudukan pasukan akan ditentukan berdasarkan tiga daripada perlawanan terbaik yang dimenangi, dan bagi tierbreaker pula, akan ditentukan oleh perbezaan menang atau kalah bagi setiap kumpulan ( perlawanan yang dimenangi akan ditolak dengan perlawanan yang telah kalah) untuk dikira.

Berikut adalah kedudukan terkini setiap pasukan:

Musim Liga Minggu 1: Pasukan Baru Dominasi Perlawanan

Pasukan baru, Todak telah berjaya mendominasi langkah mereka di Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) Season 4 dengan kemenangan penuh mengungguli Louvre Esports dan pasukan kegemaran Malaysia, Shopee Bosskurr.

Pasukan ini telah ditubuhkan pada awal tahun ini setelah memenangi Mobile Legends: Siri Bang Bang Diamond Challenge (MDC 2019) – yang merupakan liga kelayakkan.

Todak, mempunyai ahli veteran dari MPL-MY / SG Musim 2, seperti Muhammad Rizwan (Eone), Shahril Anuar (nenasssss) dan Mohamad Aiman (xray).

Dalam tournamnet dengan sistem round robin berformat best-of-three (BO3) ini, Todak telah berjaya meraih 3 point setelah menang kedua-dua perlawanan sekaligus meletakkan mereka di tempat ketiga dalam carta kedudukan.

Pada game pertama hari pertama dalam menentang Louvre Esport, Todak telah berjaya meraih kemenangan pertama untuk team Malaysia dengan 21 kill berbanding 9 kill oleh Louvre Esport dalam game ke 3.

Kalah pada awal game pertama, Todak hanya sekadar memanaskan badan sahaja dan terus bangkit menewaskan pasukan Singapura ini dengan 2-1.

Game ketiga yang berdurasi 11 minit itu telah menyaksikan gabungan Xray, X Borg dan Moon yang menggunakan Gusion telah menggemparkan game tersebut dengan komposisi meta yang sangat cantik.

Beruntung bagi Todak, mereka mampu bangkit kembali pada game kedua dan ketiga setelah berjaya membaca strategi dan komposisi permainan pihak lawan.

Hari kedua pula kita dapat menyaksikan pasukan baru ini telah menang selesa ke atas pasukan kegemaran Malaysia, Shopee Bosskurr.

Tidak terlalu gopoh dalam permainan dan berhati – hati dalam melakukan teamfight adalah antara strategi terbaik yang ditunjukkan oleh Todak sebagai pasukan baru.

Pada game kedua, kita dapat menyaksikan Shopee Bosskurr cuba untuk melakaukan epic comeback dengan Esmeralda yang dimainkan oleh Soloz.

Cubaan untuk menyerap kesemua shiled pihak lawan akhirnya mengorbankan nyawanya sendiri dengan kekuatan burst damage daripada 4 orang hero pihak lawan.

Kalah dengan pasukan baru Todak, Shopee Bosskurr kini berazam untuk bangkit menunjukkan perlawanan yang lebih baik pada minggu hadapan. Berjayakah mereka?

Keputusan keseluruhan perlawanan

Selain itu, kita dapat menyaksikan pada hari pertama, permulaan yang hebat untuk EVOS Esport SG dengan memperoleh kemenangan 2-0 menentang juara Musim 3, Geek Fam.

Namun, Malaysia membuktikan kejaguhan secara menyeluruh apabila Axis Esports mengalahkan Resurgence dengan 2-0.

Akhir sekali, penutup tirai perlawanan hari pertama dengan perlawanan sengit di antara pasukan kegemaran Malaysia, Shopee Bosskurr memperoleh kemenangan 2-1 menentang Notorious Villains.

Manakala pada hari kedua, kemenangan mudah diperoleh oleh EVOS Esport SG menentang Resurgence, diikuti oleh kemenangan 2-0 Axis Esports menentang Juara Musim ke-3 Geek Fam.

Siri ketiga pula menyaksikan perlawanan sengit antara SABAH Top Player  dan Xpax X-Assins.

Meski pun Sabah Top Player cuba untuk mencipta momentum dalam perlawanan 2, tetapi Axis Esports masih mampu memperoleh kemenangan 2-1!

Itu sahaja kupasan mingguan untuk minggu pertama MPL-MY/SG.

Ketahui lebih lanjut tentang pasukan pilihan anda dan jangan lupa untuk menyaksikan semua perlawanan MPL secara langsung di Facebook Mobile Legend: Bang Bang.

Kita sudah memasuki minggu kedua musim Liga, mampukah pasukan Malaysia untuk terus mendominasi kemenangan mereka atau pasukan Singapura akan membuat kejutan di separuh minggu kedua musim Liga. Masih terlalu awal untuk diramal, teruskan bersama kami untuk aksi lebih hebat pada minggu hadapan!

Jadual minggu kedua perlawanan: