MPL- MY/SG Musim Liga ke-4, minggu pertama telah tamat dengan Axis Esports mendahului di petak pertama, seri bersama EVOS Esport SG. Tidak jauh di belakang mereka, pasukan baharu dari Malaysia, Todak berada di petak yang ketiga.
Pada minggu lepas, kita dapat saksikan hero fighter yang baru iaitu X.Borg selalu digunakan di dalam perlawanan. Dapat dilihat peratusan pemilihan hero X.Borg adalah yang paling tinggi dengan keseluruhan kadar sebanyak 68 peratus pick rate sewaktu perlawanan pada minggu pertama MPL MY/SG.
Antara sebab mengapa hero ini dipilih adalah kerana X.Borg dapat memberikan burst damage yang sangat tinggi dan memiliki ketahanan nyawa yang tinggi. Justeru, dalam meta analisis minggu ini, kita ingin lihat hero Fighter ini dan membahas impak serta tips memainkannya dalam meta MPL-MY/SG Minggu pertama.
Perlawanan Tumpuan:
EVOS Esport SG vs Geek Fam
Dalam perlawanan menentang Geek Fam, Soul daripada EVOS Esport SG telah menggunakan X.Borg pada kedua dua game 1 dan 2. Kita dapat saksikan Soul yang menggunakan X.Borg mempunyai durability yang tinggi. Hal tersebut membuatkan Soul menjadi sangat sulit untuk dibunuh dan mudah menjadikannya sebagai Hero Fighter di barisan hadapan sewaktu teamfight sekaligus menyumbang kill yang banyak untuk pasukan EVOS Esport SG.
Todak vs Louvre Esports
Dengan bantuan Firaga Supply, X.Borg mempunyai regenerasi HP yang tinggi dan tingkat skill pertahanan yang tinggi. Ini membuatkannya mampu untuk bertahan ketika teamfight dan memberikan peluang kepada ahli pasukannya untuk terus menyerang. Game ketiga menentang Louvre Esports yang berdurasi 11 minit itu telah menyaksikan gabungan Xray yang menggunakan X Borg dan Moon yang menggunakan Gusion telah menggemparkan game tersebut dengan komposisi meta yang sangat cantik.
X.Borg memiliki pasif firaga armor yang dapat membuat daya tahan HP yang sangat baik. Namun, X.Borg akan menjadi sangat lemah dalam mode Armoless.
Justeru, para pemain harus memanfaatkan skill satu dan skill kedua untuk mengambil firaga supply supaya Firaga Armor cepat terbentuk kembali setelah Ulti.
Pemilihan Item dan Emblem yang terbaik untuk Hero X.Borg
Pemilihan item dan emblem sangat penting dalam permainan. Jika para pemain gagal dalam pembelian item ini akan menjadi sangat sulit untuk mengimbangi lawan dan memenangi permainan
Untuk pemilihan item para pemain dapat menggunakan:
Bloodlust Axe: Item ini akan memberikan damage tambahan sebesar 70 Physical Attack dan 10% cooldown Reduction.
Warrior Boots: Item ini akan menambahkan pertahanan sebesar 22 physical defense.
Athena’s Shield: Item ini akan memberikan sebuah shield sebesar 250-1150 poin setiap 30 saat. Shield akan bertambah kuat seiring dengan berjalannya gim.
Queen’s Wings: Item ini akan menambahkan 1000 HP serta 15 physical attack dan 10% cooldown reduction.
Brute Force Breastplate: Item ini akan menambah 770 HP dan 45 physical defense.
Blade of Despair: Item ini akan memberikan 170 physical attack dan 5% movement speed.
Untuk pemilihan emblem kami mengesyorkan para pemain untuk menggunakan Emblem Fighter dengan (Bravery – Presistence – Festival of Blood).
Sementara untuk battle spell, para pemain boleh menggunakan Flicker atau mana-mana spell mengikut kesesuaian pemain.