Selamat kembali dalam U Mobile Imbasan Musim Liga MPL-MY/SG musim ke 3. Minggu ke 6 adalah minggu final musim liga, setiap pasukan mempunyai segalanya untuk dipertaruhkan – samada mengekalkan dari penyingkiran atau layak ke Playoff. Kita sudah menyaksikan perlawanan antara pasukan kuat, bekas juara liga dan pasukan kerdil untuk mereka merebut tempat di atas liga dan melayakkan untuk Playoff. Siapakah yang akan bergelar juara untuk musim ke 3? Pasukan manakah yang beroleh kemenangan? Pastikan anda tidak terlepas peluang menyaksikan Playoff (20-21 April) untuk mengetahuinya!

Dimulakan dengan kedudukan terkini liga

Hari Pertama

ICON vs NARA Esport SG

 
Untuk perlawanan pertama minggu ini, kita menyaksikan ICON yang bernasib malang bertemu pemegang takhta liga, NARA Esport SG. Perlawanan yang berakhir dengan cepat dan kemenangan mudah 2-0 buat NARA Esport SG dalam perlawanan bertemu ICON. Terdesak untuk menang perlawanan ini kerana ICON mahu menempah tiket ke Playoff. Namun dengan komposisi yang kuat dan draf hero yang mantap dari NARA, membuatkan ICON kesusahan untuk menentang mereka. King of KDA , Fenrir dari NARA memainkan Lunox dalam siri pertama dan berjaya menghasilkan damage magik yang tinggi dan mencapai matlamat pasukan dengan selamat. Begitu juga di game ke 2, apabila ICON cuba bangkit untuk melawan dengan draf wira yang bagus, tetapi ianya tidak cukup kerana NARA bermain dengan konsisten dengan ICON ketinggalan jauh, akhirnya mereka ditumpaskan.

XPAX X-ASSINS vs Geek Fam

 
Perlawanan kedua menyaksikan peningkatan oleh XPAX X-ASSINS bertemu pasukan terkuat Malaysia. walaupun digelar pasukan kerdil, XPAX X-ASSINS memberikan saingan sengit bertemu pasukan Geek Fam dari Malaysia dengan kemenangan 2-1! Geek Fam dilihat melakukan keputusan kesilapan untuk draf mereka; komposisi yang lemah dengan tiada damage sebenar dalam teamfight dan terlalu berharap pada Guinevere oleh Dominus. Damage output dia masih tidak cukup. Dalan game ke 2, draf yang baik oleh Geek Fam dan menang. Namun, ianya tidak cukup kerana XPX melawan balik dengan kuat di game ke 3 dengan strategi yang mahu mencapai objektif untuk menang. Nami yang bermain Helcurt memastikan XPX beroleh kemenangan selepas beliau terus membuat tekanan berasingan membuatkan Geek Fam berpecah antara pertahanan dan teamfight, dia akhirnya berjaya mencuri mata penting untuk menang 2-1.

Hari Kedua
NARA Esport SG vs Mysterious Assassin

 
Hari dimulakan dengan pasukan teratas liga NARA Esport SG bertemu pasukan tercorot liga iaitu Mysterious Assassin. Dalam game pertama NARA mengawal permainan dari awal sehingga akhir permainan dengan tekanan penuh dan corak permainan yang baik. Dari awal lagi kita daoat lihat putaran yang bijak dan agresif oleh NARA. Walaupun memilih meta hero Diggie, Time journey oleh Fabby mempunyai kesan kecil kerana hampir kesemua wira NARA tidak cukup CC untuk dimulakan. Game kedua menyaksikan MYA cuba melawan balik dengan strategi yang baik. Kita menjangkakan kemenangan mudah untuk NARA, namun MYA tidak mahu mengaku kalah dan mencuba sebaik mungkin untuk melakukan kebangkitan. Walaubagaimanapun, dengan output damage yang tinggi dan pergerakan peta yang hebat dari kombinasi Lunox oleh Fenrir dan Kaja oleh Fossa, akhirnya pendahulu liga dapat menepis usaha MYA, dan menumpaskan mereka untuk menang 2-0.

EVOS Esport SG vs Resurgence

 
Seterusnya kita dapat menyaksikan perlawanan sengit antara EVOS dan Resurgence, dengan RSG menang 2-1. Perlawanan antara kedua pasukan sangat aggresif dengan EVOS mendominasi permainan dari awal. JPL bermain Minatour sangat berkesan sebagai tank dan pengeluar damage untuk EVOS yang memastikan mereka menang game pertama. Dalam game seterusnya ramai anggap kemenangan mudah buat EVOS (yang berusaha setakat ini) namun late game Resurgence berhasil mempertahankan game dan beberapa teamfight yang baik cukup memberi mereka kelebihan untuk mengikat 1-1. Permainan ke 3 juga sengit namun Resurgence dilihat kembali menang dengan aksi yang mantap.

XPAX X-ASSINS vs Bosskur Gaming

 
Game terakhir pada hari kedua; XPAX X-ASSINS menentang Bosskur Gaming. Bosskur memerlukan sekurangnya 2-1 untuk menempatkan mereka di Playoff, tapi mereka meneruskan langkah kanan mereka apabila menang bersih 2-0. Logan dari Bosskur bermain Grock dan berjaya mendapatkan MVP dalam permainan 1 dengan teamplay yang cemerlang. Awal permainan sukar buat Bosskur namun peningkatan output damage mereka mencapai lewat permainan yang akhirnya menghadiahkan kemenangan. Di permainan kedua, kedua pasukan cuba mencapai objektif masing-masing melalui tekanan pecahan berbanding bertemu di teamfight. Dengan pengalaman Bosskur yang luas, memberikan sedikit kelebihan berbanding pasukan yang baru dan memastikan kemenangan 2-0 untuk menempatkan mereka di slot Playoff.

Hari Ketiga

Bigetron SG vs Reborn

 
Perlawanan pertama ini adalah antara juara: Bigetron (juara musim 1) vs Reborn (juara musim 2), dengan juara bertahan mendapat kemenangan selesa 2-0! Bigetron dilihat bersemangat apabila siri dimulakan namun di minit ke 14, Loong dari Reborn sangat menakjubkan dengan Claude dalam teamfight yang penting. Menggunakan skil kedua -Mirror Image- untuk masuk dan keluar teamfight untuk menang di permainan pertama. Di permainan seterusnya kita lihat Reborn membenam Bigetron selepas kesan snowball di awal permainan. Mereka mengekalkan momentum dalam permainan dan menghukum kesilapan Bigetron untuk menghentikan permainan dalam masa 8 minit.

Bosskur Gaming vs Mysterious Assassin

 
Musim Liga adalah musuh terdekat antara Bosskur Gaming dan Mysterious Assassin. Dalam permainan pertama, Bosskur menang mudah keatas MYA, aktif dengan rotation dan MYA dilihat kurang berkeyakinan. Walaupun MYA sudahpun disingkirkan ianya tidak menghentikan mereka dari terus memberi saingan dalam permainan kedua. Lebih mengejutkan dalam permainan seterusnya Fredo dan Penjahat dari Bosskur menggunakan meta lamanya iaitu Alucard dan Fanny. MYA mengambil kesempatan ini dengan menggunakan Bellerick untuk membalas balik dan menang di permainan kedua. Tidak mahu beralah, Bosskur beralih kembali dengan draf asal dan dengan hebatnya menewaskan MYA yang cuba melakukan serangan balas. Keberanian dan strategi yang menarik cukup untuk membawa Bosskur ke tangga ke 8 liga dan seterusnya layak untuk Playoff.

Ini saja untuk minggu terakhir Musim 3 Liga MPL-MY/SG! Tahniah kepada semua pasukan yang kekal dalam liga dan layak untuk Playoff. Untuk kedudukan teratas kita ada NARA Esport SG, Bigetron SG, Reborn dan Geek Fam. Untuk kedudukan bawah liga pula, kita ada EVOS Esport SG, Bosskur Gaming, Resurgence dan XPAX X-ASSINS. Ketahui lebih lanjut mengenai Playoff dan pasukan kegemaran anda di laman Facebook Mobile Legeng : Bang Bang!