Liga MPL-MY/SG musim ke 3 sangat mengujakan dan penuh dengan kejutan: NARA Esport SG. Sejak dari minggu pertama mereka mempamerkan prestasi yang meyakinkan dari setiap perlawanan. Walaupun pasukan lain dilihat menghadapi kesukaran, tidak bagi NARA yang kekalkan prestasi mereka. Memang tidak syak lagi mereka pasukan terkuat dalam liga setakat ini.

Akan tetapi pasukan lain juga menunjukkan kebolehan untuk merebut takhta liga. Jadi kita menanyakan ramalan mereka bagaimana pasukan-pasukan akan beraksi nanti. Teruskan membaca!

Ashi, merupa pelayar MLBB dan bekas pemain profesional, juga pengurus TODAK MLBB SQUAD

Ashi beranggapan bahawa NARA akan memenangi liga MPL-MY/SG Musim ke 3. Dia berkata “dari minggu satu lagi NARA berjaya menghalang semua pasukan menang menentang mereka. Jika bercakap mengenai disiplin, NARA yang terbaik ketika ini. tidak kira berapa banyak mata yang mereka kutip sepanjang Liga Musim, mereka tidak bole membuat silap. dalam Palyoff, ianya hanya menang atau kalah.”

“Walaubagaimanapun pasukan bawahan: Bosskur Gaming, XPAX X-ASSINS, Resurgence dan EVOS Esport masih ad peluang untuk menang.” kuncinya adalah disiplin dan etika kerja kata Ashi. Dia berkata lagi, pasukan-pasukan ini mempunyai gaya permainan tersendiri, jadi NARA perlu berwaspada dengan itu.

2. Chuchu Gaming, pelayar MLBB dan caster

Pasukan yang alan menang adalah NARA Esport SG. Dia mengulas “mereka sangat konsisten, berdisiplin dan selalu dilihat pantas untuk mengadaptasi meta yang baru. NARA pasti akan menang musim ini. Mereka tidak memandang rendah pasukan lawan dan dilihat sangat bermotivasi setiap masa. Jarang mereka buat silap dan itu beza besar dengan pasukan yang lain. Kamu selalu dengar orang cakap dalam pertandingan esport peringkat tertinggi, pasukan yang kurang buat silap akan menang.”

“Saya rasa isu utama adalah untuk mengekalkan konsistensi dalam aksi mereka. Perlu dahagakan kemenangan. Menang sahaja tidak cukup, pasukan harus mencari keinginan untuk menang, mereka akan menewaskan semua pasukan. Lihat pasukan Reborn musim lalu.”

3. AI Gaming, Pelayar MLBB

Ramalan beliau adalah antara dua pasukan top iaitu NARA Esport SG dan Bosskur Gaming. Tempat ke 3 oleh Geek Fam, diikuti XPAX X-ASSINS, Bigetron SG dan EVOS Esport SG.

“Secara peribadi saya rasa NARA sudah membuktikan yang mereka layak menang sepanjang musim liga. Geek Fam telah menjadi pasukan Malaysia terunggul menentang Singapura dan itu kelebihan extra. Bosskur Gaming mungkin tercorot dalam liga tetapi mereka menang 4 kali berturut-turut. Jangan memandang rendah pada mereka!

Mengenai pilihan Bosskur Gaming beraksi baik, dia berkata “mereka mampu menawan Palyoff kali ini, dengan tenang dan seronok, mereka mampu menewaskan pasukan lain. Selain itu, mereka mempunyai penyokong tanah air mereka sendiri!!.”

4. Ozoro Veki, pelayar MLBB & belas pemain Lol

“NARA akan menang kerana kerjasama sepasukan dan strategi yang mendalam berbanding pasukan lain. kebanyakan draf mereka seimbang dan sangat bijak, agresif diawal permainan menyaksikan banyak pasukan lain menjadi lemah. King of KDA, Fenrir telah membawa banyak gaya permainan dan strategi dari Liga MPL Indonesia dan bersama tank yang agresif seperti Kolia, mereka mampu mendominasi kelajuan permainan dari awal waktu.”

“Sebab utama kenapa mereka meletup pada Playoff adalah kerana mereka merupakan trend utama dalam beberapa minggu Musim Liga. Mereka berpotensi menundukkan EVOS Esport SG keluar dari Playoff. Namun, mereka cenderung untuk tewas bertemu pasukan SG, jadi perlawanan pertama mereka sangat penting. Jika mereka mampu mengalahkan EVOS Esport SG, saya percaya mereka boleh pergi jauh. Siapa tahu? mereka mampu buat apa yang Reborn buat tahun lalu dan mengejutkan semua orang.”

Siapa akan menang Liga MPL-MY/SG Musim ke 3? Teruskan menonton laman Facebook MLBB untuk update terkini! Pada yang berkesempatan, turun ke Blue Atrium di Sunway Pyramid untuk aksi secara langsung!