Selamat kembali dapam episod baru peninjau meta MPL! Dalam minggu ini, kita ingin lihat hero Marksman iaitu Claude, dan membahas impaknya dalam meta MPL-MY/SG. Sebagai rakan karib Dexter the Monkey, Claude perlu disiapkan dengan barang yang betul untuk serasi dengan rakannya dan mencuri dengan jayanya. Disertakan juga langkah-langkah untuk barang binaan dan gaya permainan untuk U MOBILE MVP minggu ke 6 – Loong dari Reborn boleh memimpin Claude untuk menang.
Loong menunjukkan persembahan yang menakjubkan dalam pertemuan antara juara-juara: Bigetron (Juara Musim 1) vs Reborn (Juara Musim 2), dengan juara bertahan mendapat kemenangan 2-0! Mobiliti yang tinggi dan hebat ketika teamfight, Claude merupakan Marksman yang hanya memerlukan satu barang sahaja untuk membuat kemusnahan, menjadikan dia sebagai hero top-tier dalam meta. Menurut Loong, “satu petua penting untuk Marksman adalah mendapatkan positioning yang baik dan elakkan dari terbunuh dalam teamfight adalah keutamaan pemain Claude.”
Loong mencadangkan untuk menggunakan Claude jika pemain mahu mendapatkan hero yang bagus untuk mobiliti dan fokus utama anda adalah untuk membunuh hero musuh. Kita dapat lihat dalam pertemuan bertemu Bigetron, Loong menggunakan skill kedua – Mirror Image – untuk masuk dan keluar dengan mudah dalam teamfight dan memastikan kemenangan dalam perlawanan tersebut.
Loong berjaya menggabungkan kesemua skil pasif, barang, inspire spell dan skil terkuat. Beliau kemudian menggunakan semua itu tadi pada waktu yang sesuai, membolehkan beliau menumpaskan hero lawan dengan cepat, termasuk tanks dan fighters.
Barang Binaan Loong untuk Claude
Barang Teras
Barang binaan Loong untuk Claude lebih fokus untuk menguat barang pertahanan dan output damage yang tinggi. Dimulakan dengan binaan ‘Wind of Nature’ dan ‘Warrior Boots’ yang memberikan imuniti untuk damage fizikal dengan HP tambahan dan pertahanan yang akan naik untuk setiap serangan asas yang terkena. Seterusnya Loong mencadangkan pemain untuk mendapatkan dua barang sinergi, ‘Golden Staff’ dan ‘Demon Hunter Sword’. Barang yang berkaitan ini meningkatkan bilangan serangan yang Claude bole hadapi dalam jangka masa yang sedikit. Tambahan lagi, binaan barang ini penting untuk menaikkan kuasa serangannya. Dengan adanya dua senjata ini, Claude menjadi setan emas yang tidak tahu berhenti apabila mahu memusnahkan musuh.
Barang Semasa
Untuk barang semasa, perlu menambah ‘Malefic Roar’ untuk membolehkan ia menghadapi damage dan tembusan. Binaan ini berhasil untuk Loong kerana beliau memahani kekuatan Claude mencuri pergerakan dan kelajuan serangan dari musuhnya. Mempercayai rakan pasukan ketika teamfight membolehkan beliau peroleh MVP minggu ini.
Cadangan Emblem dan Seruan Peperangan
Berdasarkan Loong, Lencana terbaik yang sesuai dengan Claude adalah Assassin Emblem dengan ‘Bounty Hunter’. Talent ini memberikan 125 Emas tambahan dari hero yang dibunuh dan bagus untuk snowballing. Loong memilih Lencana ini kerana beliau percaya ia akan memberikan emas tambahan untuk menolong beliau mendapatkan barang terbaik dan mencapai peak lebih cepat. Walaubagaimanapun, jika tiada lencana ini, anda boleh memilih Lencana lain contohnya Jungle atau Physical Emblem.
Untuk seruan perang pula, Loong mencadangkan memilih Aegis untuk pertahanan tambahan. Ianya menghasilkan perlindungan yang menyerap sejumlah damage. Cara terbaik untuk menggunakan ia adalah dengan menghidupkan pertahanan apabila anda ditarget musuh atau sebagai penolong untuk melarikan diri.
Corak Permainan Loong
Awal Permainan: Loong menasihatkan untuk fokus farming pada awal permainan sehingga boleh beli barang teras. Jika tanpa barang ini, Claude tidak mampu memberikan damage yang cukup walaupun pakai kuasa ultimate
Pertengahan Permainan: semasa pertengahan permainan, anda bole mula bergerak bebas sedikit dan split push andai sudah habis mendapatkan barang teras. Ambil peluang menggunakan skill kedua untuk menipu musuh terutamanya ketika teamfight dimana Marksman selalunya menjadi target musuh. Skill Claude kedua membolehkan anda untuk mengekalkan jarah dan bermain secara selamat sementara berlawan dengan musuh.
Lewat Permainan: Claude sangat menyinar dihujung permainan. Apabila sudah dapat membina kelajuan serangan, dia boleh membunuh musuh dengan damage besar dengan setiap serangan asas. Jadi di tahap ini dia sudahpun sedia untuk berperang dan menjadi mesin pembunuh untuk pasukan. Loony percaya dengan tangan yang laju dan waktu yang sesuai, Claude sewenangnya memberikan kemenangan kepada pasukan.
Lihat bagaimana Loong bermain Claude
Saksikan Loong dalam aksi minggu ini, kita hampir ke penghujung Liga Musim MPL MY/SG! Dan dengan itu, berakhirlah episod peninjau meta untuk musim liga!