Selamat kembali dalam episod baru Peninjau MPL! Minggu ini kita sekali lagi mahu menyentuh wira mage yang paling popular, Kadita dan menilai impaknya dalam meta MPL-MY/SG. Seperti kita menilai wira, kita juga akan menilai gaya permainan oleh Dominus dari Geek Fam dan bagaimana Dominus mendapatkan prestasi yang mengagumkan pada Kadita dalam pertemuan dengan Mysterious Assassin dan berjaya mendapat gelaran MVP U Mobile.

Sepanjang minggu ke 5 liga MPL-MY/SG Musim Liga, kita dapat lihat Kadita adalah mage yang digemari untuk dipilih dalam line-up pasukan. Dia terlalu kuat dan untuk gaya permainan dia mage yang boleh positioning dan spell-landing yang tepat pada waktunya untuk mengubah corak perlawanan. Berdasarkan Dominus, tiada cara yang terbaik untuk main sebagai Kadita. “Saya rasa paling penting adalah memahami dan tahu cara menggunakan ia dengan sepenuhnya”.

Contohnya termasuk mengetahui bila boleh menolong pasukan atau mencapai objektif permainan, juga menghadapi turtle atau lord secara berpasukan. Berdasarkan Dominus lagi, pemain yang suka untuk dive in atau keluar peperangan untuk membunuh target akan menyedari bahawa Kadita amat sesuai untuk anda kerana kuasa ultimate yang sewenangnya burst down mush yang tidak dijangka. Kita melihat dalam perlawanan bertemu MYA, Dominus berjaya mendapat akses waktu yang sesuai untuk dive in atau keluar dari teamfight dengan menggunakan mobiliti yang tinggi dan membuat kecoh dan mengeluarkan damage yang banyak.

Barang Binaan untuk Kadita oleh Dominus

Item Teras


Dalam pertemuan dengan MYA, kita melihat Dominus memfokuskan barang yang tinggi nilai damage output dan pengurangan CD. mengikut Dominus, beliau mencadangkan barang pertama yang perlu digunakan adalah ‘Lightning Truncheon’ sebelum membeli ‘Wizard Boots’. Kerana barang ini bole meningkatkan damage Kadita setiap 6 saat berdasarkan jumlah mana yang ada. Kemudian beliau mencadangkan untuk menambah ‘Clock of Destiny’ untuk memberi mana stat Kadita dan pasif unik beliau. Mage ini sangat bagus dengan sinergy barang ini, ini membuatkan dia lebih berkuasa dalam peperangan.

Item Situasi

Kadita dikenali dengan keupayaan pertahanan yang baik, jadi Dominus memilih ‘Fleeting Time’ dan ‘Necklace of Durance’ untuk memberi damage magik dan menghadapi damage untuk musuh yang ditarget. Dengan barang ini, cooldown untuk kuasa ultimate menjadi sangat cepat bersamaan 7 saat. Walaupun dia tidak mampu untuk melengkapkan barang, dia menggunakan kekuatan Kadita dan rakan pasukan yang membantu beliau beraksi hebat dalam teamfight!

Emblem dan Spell oleh Dominus

Bagi Dominus, set emblem terbaik untuk Kadita adalah lencana Mage. menurut beliau pemain boleh menggunakan menggunakan emblem Mage bersama dengan Talent Magic Worship. Ini membolehkan pemain menghadapi damage, membakar target dan beroleh kesan dalam cooldown. Untuk seruan, beliau mencadangkan Petrify untuk stun sementara musuh dan menghentikan mereka di trek laluan – sangat sesuai untuk teamfight. Selain itu, pemain boleh menggunakan Retribution untuk farm lebih cepat dan mendapat barangan binaan dengan awal.

Corak Permainan Dominus

Awal Game
Pemain harus farm sehingga level 4 untuk mendapatkan kuasa ultimate dengan cepat. Selain itu pemain perlu membunuh secara kombo selepas mendapatkan ultimate.

Pertengahan Game
Semasa pertengahan permainan, sangat penting untuk membantu teamfight! Untuk tips Kadita, pemain perlu merusuh lane berlainan dan menyorok dalam semak untuk membunuh kerana burst Kadita berkesan membunuh sesiapa sahaja dalam sekelip mata!

Hujung Game
Akhir sekali, apabila sudah sampai penghujung game, pemain mesti mencuba untuk menumpaskan sekurangnya 3 musuh dalam teamfight dan menjadi barisan belakang untuk burst teras wira. Ini dapat membantu pasukan untuk menang dan mencapai objektif permainan untuk menang perlawanan.

Tonton aksi Dominus dari Geek Fam dalam aksi minggu ini, kita sudah di minggu ke 7 liga MPL-MY/SG musim regular!