Selamat kembali dalam liputan mingguan MPL-MY/SG Musim ke-3. Minggu yang menarik sekali dalam minggu ke-3 dengan semua perlawanan bertemu musuh lama. Peminat malaysia meluahkan rasa kecewa dengan hampir semua pasukan dianggap melepaskan peluang untuk menang ke atas pasukan Singapura. Kebanyakan perlawanan berakhir dengan selesa (2-0) terutama untuk pasukan yang kuat, namun kita dapat melihat beberapa kekecewaan.

Dimulakan dengan kedudukan terkini!

Perlawanan Pertama
NARA Esports SG vs Geek Fam (2-0)

 

NARA memula minggu ini dengan tekanan penuh melawan Geek Fam, menang selesa 2-0. Namun pembunuh dari Singapura ini dilihat goyah pada perlawanan awal. Geek Fam mendapat first blood tetapi NARA membunuh 3 sebagai balasan. Daripada itu, semuanya adalah tentang skuad Singapura. Kolia menggunakan Minotaur dalam game pertama, merencatkan momentum Geek Fam dalam permainan. Dengan kelebihan merawat diri sendiri dan imun kepada magik, Minotaur adalah raksasa meredah damage musuh dan melindungi pasukan beliau. Dalam game ini kita dapat melihat fokus objektif dalam penolakan berasingan berbanding bertemu dalam teamfights. Komitmen ditunjukkan oleh NARA untuk mengawal peta seterusnya menghadiahkan kemenangan mudah dalam kedua-dua game.

Bosskurr Gaming vs Reborn (0-2)

 
Bosskurr Gaming bermula siri kali ini dengan langkah kiri. Mereka bermain dengan kurang kemas, banyak melakukan kesilapan dan silap percaturan dalam teamfights. Ini memberi Reborn mendahulu dalam kedua-dua game. Memberi kejutan dengan memilih Hanabi dengan harapan untuk kekal hingga akhir game. Malangnya, skil Hanabi hanya fokus hadapi damage dan kawalan ramai dengan kurang melepaskan diri. Dalam meta dimana Ahli sihir dan pahlawan mendominasi, Hanabi hanya kan mati dengan cepat dan mempunyai peluang yang sedikit untuk menunjukkan potensi sebenarnya. Reborn memiliki line-up dan gaya permainan yang lebih bagus. Mereka mendahului awal dengan kutipan emas dan kekal dalam kedua-dua game, ini membolehkan mereka membeli barang yang tinggi dengan letusan damage. Kesilapan yang sama dilakukan oleh Bosskurr Gaming dalam memilih draf mereka dalam perlawanan seterusnya. Dengan kurang kebolehan tank dalam wira mereka, ianya merupakan mimpi ngeri buat Bosskurr untuk terus kekal dalam teamfights. seterusnya , Reborn mencapai kemenangan mudah dari skuad adik-beradik mereka.

Hari ke-2 Perlawanan
ICON vs Bigetron SG (0-2)

 

Hari kedua dimulakan dengan perlawanan sengit antara ICON bertemu Bigetron SG. Ly4 dari Bigetron SG bermain Kimmy dengan baik dalam game pertama, memahami kekuatan wira dan koordinat yang teratur bersama pasukan untuk teamfight dan penekanan turret yang cemerlang. ICON dilihat tidak berguna dan teruk kerana perbezaan gold lead yang sangat tinggi. Bigetron SG sememangnya mempunyai skill permainan untuk mendahului. Mereka ada juga melakukan beberapa kesilapan, mempunyai game posisi yang handal dilihat seperti mahu menang dalam MPL musim-1. Satu kelebihan untuk mempunyai tank yang bagus untuk mulakan teamfights. Bagaimanapun kemenangan mereka juga disebabkan prestasi terumbang-ambing ICON yang dilihat bermula dengan baik diawal musim, tetapi menghadapi masalah besar dalam prestasi. Meraka di kedudukan ke-8 untuk layak ke Final Playoffs.

Bosskurr Gaming vs Resurgence (2-0)

 
Resurgence mengganas kepada musuh mereka, menewaskan pasukan dibawah prestasi sebenar iaitu dari Malaysia, Bosskurr Gaming untuk menang mudah 2-0. Bosskurr sekali lagi terlalu pasif dalam pendekatan dan gagal untuk mengganggu rancangan Resurgence. Tekanan berasingan tanpa henti membolehkan mereka menawan peta namun tidak mudah untuk menamatkan permainan. Dihujung permainan, Fredo bermain sebagai Gusion, berhasil untuk menyelamatkan kristal dengan prestasi solo yang mantap malah berjaya menghalau Resurgence. Selepas itu, mereka cuba melakukan comeback, namun itu tidak cukup kerana Resurgence bermain dengan konsistan dan akhirnya Bosskurr ditewaskan. Perkara sama terjadi di permainan ke-2 apabila pilihan Malaysia tewas buat kali ke-5 berturut dalam liga. Mereka dalam bahaya berkemungkinan tidak layak untuk Playoff.

XPAXX X-ASSINS vs Mysterious Assassin (2-1)

 
Pasukan kerdil dalam MPL, XPAXX X-ASSINS menunjukkan perkembangan semakin baik dari minggu pertama. Kita dapat lihat perlawanan yang menghiburkan antara pasukan adik-beradik. Dalam perlawanan pertama, XPAX X-Assins dapat mengawal permainan dengan kutipan emas dan level yang tinggi. Mereka sering menyerang musuh dengan berkumpulan. Dengan output yang tinggi dan pergerakan peta yang hebat, mereka menepis usaha MYA dan menang dalam game pertama. Kita menjangkakan XPAX X-Assins akan menang mudah, namun MYA tidak menyerah untuk menang di game ke-2 dengan pertahankan kubu dari diserang. X-Assins banyak melakukan kesilapan dan teamfight yang teruk mengakibatkan meraka tewas di game ke-2. Walaubagaimanapun, X-Assins belajar dari kesilapan dan dalam game ke-3 menunjukkan prestasi yang dominan untuk menang dengan skor 2-1

PERLAWANAN HARI KE-3
EVOS Esports SG vs Geek Fam (1-2)

 
Perlawanan antara EVOS Esports SG dan Geek Fam sangat aggresif, dengan EVOS mendahului awal dalam game pertama tetapi cuai dan mensia-siakn kelebihan dalam game ke-2. Ramai yang menjangkakan kemenangan mudah buat pendahulu liga EVOS, namun Geek Fam bangkit di game ke-2 dengan menggunakan wira kurang dikenali iaitu Rafaela. Wira ini dimainkan oleh 2ez4Jepv dan bergabung baik dengan Grock yang dimainkan Xorn untuk memastikan Geek Fam terus mengawal peta dan mampu bertahan damage yang tinggi dari EVOS. Geek Fam menutup kemenangan mereka dengan draf yang mengagumkan dalam game ke-3. Digelar pembunuh Siangapura, Geek Fam hanya tewas sekali sahaja dalam pertemuan dengan pasukan dari Singapura iaitu NARA Esports SG namun menang 3 yang lain. Ini sangat bagus berikutan dominasi pasukan-pasukan dari Singapura dalam MPL.

ICON vs XPAX X-ASSINS (0-2)

 
Kemenangan malam lalu untuk XPAX X-ASSINS merupakan pembakar semangat buat mereka dan masuk dalam siri dengan membuak-buak. ICON dalam game pertama medahului tetapi tidak berjaya membina momentum mereka. Kuja menggunakan Helcurt berpasangan baik dengan Kaja oleh Syno dalam game pertama. namun , X-Assins membca permain dengan baik dan memahami kekuatan barisan mereka dan kelemahan ICON. mereka membina wira untuk kekal bertahan dari damage ICON dan hanya masuk untuk membunuh wira. ICON cuba melawan balik dalam game ke-2 tetapi XPAX X-ASSINS telah membantutkn usaha mereka, dengan menang kali kedua berturut-turut dalam siri seterusnya memintas ICON ke tangga ke-7.

Mysterious Assassins vs Bigetron SG (0-2)

 
Perlawanan terakhir minggu ini menyaksikan bekas uara Musim 1 menewaskan Mysterious Assassin dengan skor 2-0. Sebenarnya MYA dilihat mengawal peta dengan cemerlang di game pertama. Bagaimanapun, Bigetron SG berhasil menstabilkan ketika di pertengahan permainan. Tambahan lagi dengan kesilapan mudah dan BTR mendahului kembali dan menang permainan. Ly4 tidak bole dihentikan dengan Lancelot (wira yang jarang dipilih masa kini) dan mendapat ‘maniac’ dalam hujung permainan terakhir teamfight. Dengan kemenangan ini, Bigetron SG naik ke tangga ke-2 liga, hanya dibezakan satu mata dengan pendahulu liga EVOS Esports SG.

Hanya ini dalam liputan mingguan MPL-MY/SG! Ketahui lebih lanjut tentang pasukan pilihan anda dan jangan lupa untuk menonton kesemua perlawanan MPL secara langsung di laman rasmi Facebook Mobile Legends: Bang Bang. Kita sudah di pertengahan musim, Mampukah pasukan Singapura meneruskan dominasi mereka atau pasukan Malaysia akan bangkit di separuh kedua musim? Teruskan bersama di minggu hadapan!