Peninjau Meta 2 MPL – Kadita
Di episod yang lepas dalam Peninjau MPL, kita telah melihat Harith, ahli sihir lincah bergerak yang wajib diban oleh setiap pasukan. Pada minggu ini, kita akan menyentuh wira lain iaitu Kadita dan melihat impact beliau dalam meta MPL-MY/SG.
Kadita adalah ahli sihir yang unik kerana sangat hebat tidak kira dalam binaan magik atau damage fizikal. Sepanjang minggu ke-2 MPL MY/SG, beberapa pasukan sudah mula memasukkan beliau dalam barisan wira pilihan. Dalam dua minggu sahaja di Regular Season, pasukan-pasukan sudahpun membuat ujikaji dengan wira yang berlainan dengan 41 wira telah dipilih. Baru-baru ini, terdapat kabar angin dari pemain yang mengatakan wira ini terlalu kuat dan berpotensi untuk menjadi salah satu wira terkuat. Jadi apa yang menjadikan Kadita sangat bernilai?
SynC dari Bigetron SG menyatakan ini disebabkan stun lambat dan skil damage immune yang tahan lama
Yang membolehkan ia senang masuk dan keluar dalam teamfight. Pasif ia yang kuat diantara meta selalu berpusing dengan banyak ketika teamfight. Ini membolehkan ia mencuri HP. kelebihan ini dapat membantu ia berdepan damage yang banyak dalam perlawanan. Bagaimanapun ini tidak bermakna ia kebal dan mudah untuk dimainkan. SynC juga berkongsi yang ianya memerlukan latihan yang banyak untuk kita melihat potensi sebenar ia.
Binaan SynC untuk Kadita
Binaan beliau lebih memfokuskan output damage yang tinggi dan pengurangan CD. kebanyakan barang yang SynC beli dapat meningkatkan damage magik dengan ‘Concentrated Energy’ dan ‘Lightning Truncheon’ membantu mengurangkan CD dalam seruan. Tambahanpula, ‘Lightning Truncheon’ mempunyai pasif yang unik dapat menghasilkan bonus damage magik sehingga 3 musuh berdasarkan mana wira paling maksimum. Lebih tinggi mana, lebih tinggi damage.
Kadita juga mempunyai keupayaan pertahanan yang baik, maka SynC memilih ‘Clock of Destiny’ dan ‘Wizard Boots’ untuk mendapat HP dan pertahanan tambahan. Binaan yang boleh dikatakan ‘burst-heavy’ ini sangat menjadi kepada SynC kerana beliau memahami kekuatan Kadita dan mempunyai rakan pasukan yang membolehkan beliau menyinar dalam teamfight. Malah beliau mendapat Maniac dalam permainan!
Lencana pilihan SynC
Bagi SynC set lencana terbaik untuk wira ini adalah lencana Ahli Sihir. Cadangan seruan perlawanan untuk Kadita samaada Flicker (untuk mobiliti dan lari) atau Petrify (Digunakan jika mahu menyertai teamfight yang banyak)
Gaya Permainan SynC
Pemain perlu bijak membaca situasi dan memahami bagaimana dan waktu yang sesuai untuk bertempur. SynC menggunakan skil Kadita dengan baik, ini membolehkan beliau meninjau masuk teamfight atau lari daripada gempuran pasukan lawan. Skil pertmam ia sangat penting untuk mengejar dan bergerak, jadi anda perlu memilih posisi yang betul dan pada masa yang sama berani untuk masuk atau lari keluar dari perlawanan.
Mari lihat aksi SynC bersama Kadita
Teruja dengan liga MPL-MY/SG? Jangan lupa untuk menyaksikan aksi minggu ke-3 Musim Regular!