Pusingan kelayakan MPL MY/SG telah tamat. Lebih 1000 pasukan dari Malaysia dan Singapura berentap untuk mendapatkan 4 tempat ke Musim Liga yang akan bermula 1 Mac 2019. Jadi mari kita lihat pasukan ini.

Xpax X-assins

Pasukan baru Xpax X-assins baru sahaja melepasi peringkat pusingan kelayakan MPL musim 3 dan ini adalah pengalaman pertama mereka menyertai MPL. Jinn adalah bekas pemain juara MPL musim 2 tetapi kini Jinn menyertai Xpax X-Assins untuk menolong mereka menang MPL musim ini.

1. Ini adalah kali pertama anda menyertai MPL, bagaimana anda rasa?

Kami sangat teruja dan gembira dapat menyertai MPL musim ini. Kami tidak sabar menyaksikan keputasan kami di musim liga dan kami harap kami akan buat yang baik di musim liga.

2. Bagaimana pasukan Xpax X-Assins di cipta sebelum datangnya sponsor?

Kami mewakili MYA Junior, selepas pemain lama kami tinggalkan pasukan kami dan kami terpaksa mencari pemain yang berbakat selepas itu, dan ini mengambil 5 bulan untuk membuat pasukan yang baik dan selepas beberapa bulan kami berjaya mendapat tempat pertama hingga ketiga di setiap pertandingan dan selepas itu Xpax menghampiri kami dengan manfaat yang baik kepada pasukan kami.

3. Sebelum ini Jinn bersama dengan pasukan juara iaitu pasukan Reborn kenapa dia tukar pasukan?

Kontrak beliau telah tamat dengan Reborn jadi Jinn mengambil langkah untuk menyertai pasukan baru dan beliau memilih Xpax X-Assins.

4. Antara pasukan Malaysia dan Singapura mana satu yang paling kuat di MPL? Kenapa?

Kami rasa Flash tyrants atau di kenali sekarang sebagai Resurgence, mereka telah menjadi bertambah baik berbanding pasukan lain. Kami harap Resurgence akan beri kami perlawanan yang baik.

5. Musim ini apa pasukan anda mahu sasarkan?

Sebagai pasukan baru kami sasarkan hanya membuat yang terbaik musim ini.

6. Apa anda rasa tentang pasukan juara Reborn? Bolehkah mereka mempertahankan gelaran mereka musim ini?

 

Seperti apa yang kami lihat setiap musim pasukan juara sentiasa berubah, jika Reborn tidak boleh mengekalkan prestasi seperti MPL playoff musim 2, maka mereka masih ada peluang untuk mempertahankan gelaran mereka.

7. Bagaimana pasukan anda bersedia untuk MPL musim 3?

Setiap hari kami akan berlatih selama 4 jam untuk bersedia MPL musim ini.

8. Hero manakah yang banyak akan dipertandingkan? Kenapa?

Grock adalah salah satu tank yang kebal dari stunn dan cc. Kami akan cuba mendapatkan Grock setiap perlawanan supaya boleh sinergi dengan strategi kami.

9. Apa anda rasa tentang NARA eSports sebagai pasukan baru dari Singapura?

NARA eSports mempunyai pemain di panggil Fenrir dan dia adalah pemain professional Mobile Legends di Indonesia. Mereka semestinya kuat dan kami tidak akan memandang rendah terhadap mereka.

10.Apa anda rasa tentang pasukan Singapura secara keseluruhan? 

Hey kepada pasukan Singapura, kami harapa anda beri kami perlawanan yang baik dan “all out’ di setiap perlawanan kerana kami tidak beri anda perlawanan yang mudah.