Pusingan kelayakan MPL MY/SG telah tamat. Lebih 1000 pasukan dari Malaysia dan Singapura berentap untuk mendapatkan 4 tempat ke Musim Liga yang akan bermula 1 Mac 2019. Jadi mari kita lihat pasukan ini.

Resurgence

Musim lepas pasukan Resurgence di kenali sebagai Flash Tyrants dan mereka mendapat tempat ke-3 selepas kalah dengan Saiyan Reborn. Musim ini mereka kembali dengan nama yang baru dan cita-cita yang besar mereka mahu menjadi juara di MPL-MY/SG Season 3.

1) Namakan satu pasukan Malaysia yang anda rasa pesaing terkuat? Kenapa?

Mystic Burden menjadi GeekFam Mystic di musim 2 dan sekarang mereka hanya dikenali sebagai GeekFam. Mereka telah berada di MPL dari musim 1 dan mereka sentiasa memberi tentangan yang kuat di Musim Liga dan juga playoffs sejak dua musim lepas. Baru-baru ini mereka telah kerap berlatih dan sentiasa memperbaiki kesalahan mereka, jadi kami rasa mereka adalah pasukan Malaysia yang susah di kalahkan.

2) Musim lepas, pasukan Malaysia (Saiyan Reborn) menang MPL. Anda rasa pasukan Singapura akan merampas kembali gelaran juara nanti?

Kami percaya kami akan menyaksikan salah satu pasukan Singapura akan muncul juara dan merampas kembali gelaran juara. Singa tidak sabar untuk meratah harimau nanti!

3) Apa pendapat anda tentang pasukan Singapura baru – NARA Esport?

Kami tidak berapa dengar sangat tentang mereka tetapi kami rasa mereka juga adalah salah satu ancaman seperti Evos Esports SG dan Bigetron SG. Walaubagaimanapun kami tidak akan memandang rendah kepada pasukan baru kerana musim lepas di MPL kami lakukan kepada Saiyan Reborn dan kami kalah kepada pasukan baru Malaysia. Secara ikhlas pasukan Reborn bermain sangat baik semasa playoffs.

4) Ceritakan kami tentang perubahan ke Resurgence.

Secara keseluruhan kami rasa mempunyai lebih kebebasan dan lebih sokongan dari organisasi sekarang. Matlamat kami lebih kurang sama dengan Resurgence berbanding dengan Flash.

5) Hero apa yang rasa yang banyak dipertandingkan?

Kami boleh katakan Kimmy, Harith, Lunox, Grock dan Kaja kerana mereka mempunyai damage yang tinggi dan hero yang hebat di meta sekarang.

6) Apa anda rasa tentang pasukan Malaysia secara keseluruhan?

Musim ini kami akan buktikan sekali lagi bahawa nama yang diberi “Malaysia Slayer” akan ditakuti lagi sekali. Kami bersedia untuk berlawan jadi pasukan Malaysia bersedia!

7) Apa yang kami boleh jangkakan dari pasukan anda musim ini?

Lebih pelbagai variasi cara kami bermain dan kami semestinya akan buat banyak kejutan, terutama sekali di dalam drafting kami. Jadi nantikan kami di Musim Liga!