Pusingan kelayakan MPL MY/SG telah tamat. Lebih 1000 pasukan dari Malaysia dan Singapura berentap untuk mendapatkan 4 tempat ke Musim Liga yang akan bermula 1 Mac 2019. Jadi mari kita lihat pasukan ini.

Mysterious Assassin

Semasa MPL musim 2 mereka tidak layak ke musim liga tetapi kali ini mereka kembali dari kematian dan melayakkan diri ke musim liga MPL musim 3. Pasukan mereka berjaya mendapat tempat ke 3 semasa MPL musim 1 tetapi bolehkah mereka kembali dengan memenangi gelaran musim ini?

1. Satu perubahan besar telah di buat di dalam MYA untuk melayakkan diri ke MPL musim 3. Kenapa?

Kami belajar dari kesilapan dan kami mula menjadi lebih serius disiplin di dalam latihan. Kami menukar barisan pemain kerana untuk mendapatkan pemain yang boleh komited 100% di dalam jadual latihan.

2. Antara Malaysian/Singaporean pasukan mana lebih kuat pada musim in?

Kami boleh katakan Evos esports dari singapura kerana musim lepas mereka berjaya mendapat tempat ke-2 walaupun mereka hanya pasukan baru di kalangan pasukan Singapura.

3. Negara mana yang akan menang gelaran musim ini? Kenapa?

Singapura akan menang gelaran ini kerana prestasi merela sangat konsisten dan mindset mereka lebih kuat dari pasukan Malaysia.

4. Bagaimana persediaan anda untuk MPL musim 3?

Kami mempunyai jadual latihan yang berat di mana pasukan kami akan berlatih dari pukul 10 malam sehingga 5-6 pagi setiap hari. Kami juga banyak membuat scrim dengan pasukan Indonesia dan baru-baru ini kami juga baru pindah ke gaming house baru kami dan tempat ini mempunyai kesemua kemudahan untuk membuat latihan dan untuk membincangkan strategi.

5. Apa anda rasa tentang pasukan baru Xpax X-Assins?

Mereka adalah pasukan baru yang mempunyai pemain yang berbakat dan rahsia senjata mereka adalah “teamwork”. Saya pasti mereka boleh layakkan diri ke peringkat playoffs.

7. Bolehkah anda kalahkan musuh ketat anda Bosskur Gaming? Bagaimana?

Ya kami yakin boleh kalahkan mereka dengan cara meneliti cara gameplay mereka dan kami telah membuat beberapa rancangan permainan untuk mengejutkan mereka dan lebih penting adalah pemain kami lebih hebat berbanding musim lepas.

8. Apa pencapaian yang mahukan pada MPL musim 3 ini?

Semestinya kami mahu memenangi pertandingan ini.

9. Apa anda rasa tentang pasukan Malaysia secara keseluruhan?

Walaupun mereka di panggil sebagai singa tetapi kami kembali untuk membunuh singa! Pasukan Malaysia akan bangkit menjadi juara musim ini dan hantar kembali singa ke dalam sangkar mereka kembali.