Pusingan kelayakan MPL MY/SG telah tamat. Lebih 1000 pasukan dari Malaysia dan Singapura berentap untuk mendapatkan 4 tempat ke Musim Liga yang akan bermula 1 Mac 2019. Jadi mari kita lihat pasukan ini.
Evos Esports SG
Musim lepas, mereka berada di tempat ke-2 selepas berlawan habis-habisan menentang pasukan baru Malaysia iaitu Saiyan Reborn. Sekarang mereka kembali lebih kuat dan mereka ingin merampas balik gelaran juara kepada Singapura.
1) Kenapa Kolia tinggalkan pasukan Evos? Adakah pasukan Evos terjejas selepas Kolia di di keluarkan? Kenapa tidak menambah satu lagi pemain?
Kami membuat kata putus untuk mengeluarkan Kolia dari pasukan kerana dia adalah pemain yang kami tidak perlukan. Ini tidak menjejaskan pasukan Evos kerana kami telah biasa bermain tanpa dia sejak MPL Playoffs dan kami sanggup menukarkan dia kepada ACE. Kami tidak perlukan pemain baru kerana kami telah ada Kid.
2) Siapa yang memberi arahan di pasukan sekarang?
Bambi dan Soul adalah dua pemain yang beri arahan mengikut situasi
3) Apa anda rasa tentang pasukan baru dari Malaysia (Xpax X-Assins, MYA, ICON MY)
Apa yang kami lihat di musim 2, kami tidak akan memandang rendah kepada pasukan baru. Saya menjangkakan prestasi yang baik dari mereka semua, terutama sekali ICON MY beri kami kesusahan musim lepas.
4) Namakan satu pasukan Malaysia yang anda rasa pesaing terkuat? Kenapa?
Semestinya Reborn. Mereka menghalang kami untuk mendapatkan juara dan kami tidak akan beri peluang kepada mereka pada musim ini.
5) Bagaimana anda rasa selepas di kalahkan dari pasukan baru Malaysia musim lepas?
Menjadi pasukan Singapura baru, kami rasa kami buat lebih baik dari orang lain jangkakan da kami berasa gembira apa yang kami capai. Kami sangat terkejut prestasi Reborn sangat baik waktu itu tapi musim ini kami akan datang lebih kuat dan bersedia.
6) Pada pendapat anda pasukan Malaysia yang mana paling kuat musim ini?
Pada pendapat saya, Bosskur adalah yang terkuat. Mereka mempunyai draft yang tidak dijangkakan dan mempunyai skil individual yang kuat. Semanga berpasukan mereka juga sangat menakjubkan. Mereka tidak menukar mana-mana pemain jadi mereka telah bermain bersama agak lama dan semestinya komunikasi di tahap terbaik.
7) Hero apa yang rasa yang banyak dipertandingkan?
Kami rasa Kimmy, Harith, Grock, Kaja dan Chou. Setiap satu mempunyai kelebihan masing-masing antara damage yang tinggi dan mempunyai kawalan teamfight yang baik. Hero ini sangat aktif di awal permainan dan senang untuk memberi impak di dalam game.
8) Apa anda rasa tentang pasukan Malaysia secara keseluruhan?
1 SGD= RM 3 “itu sahaja”