Pusingan kelayakan MPL MY/SG telah tamat. Lebih 1000 pasukan dari Malaysia dan Singapura berentap untuk mendapatkan 4 tempat ke Musim Liga yang akan bermula 1 Mac 2019. Jadi mari kita lihat pasukan ini.

Bigetron SG

Juara MPL-MY/SG musim 1 tidak mempunyai prestasi yang baik ketika musim 2. Mereka nampak seperti tidak bersemangat dan tiada matlamat bagi pasukan mereka. Walaubagaimanapun, mereka mempunyai saat yang baik tetapi itu tidak cukup untuk mempertahankan gelaran juara mereka. Dengan kembalinya veteran Jason Koh bolehkah mereka kembalikan zaman kegemilangan mereka?

1) Apa anda rasa dengan pasukan Malaysia musim ini?


Pasukan Malaysia sentiasa kuat berlatih dan sangat mencabar di setiap musim, jadi kami tidak akan memandang rendah dengan power mereka. Mereka telah bertambah-baik sejak dari musim 1 MPL dan jarak antara skill kami sentiasanya telah berkurang.

2) Pasukan Malaysia yang mana anda rasa lebih kuat ketika ini?

Pada pendapat kami, Bosskur Gaming masih lagi kuat buat masa ini kerana mereka adalah salah satu pasukan terawal di Mobile Legends Malaysia dan mereka mempunyai banyak pengalaman pertandingan. Pasukan mereka masih lagi bersama sejak dari musim 1 dan ini membuktikan mereka mempunyai banyak rahsia untuk mencapai kemenangan. Prestasi mereka sangat baik ketika di Musim Liga berbanding di playoffs tetapi kami rasa musim ini mereka akan lebih bersinar.

3) Bagaimana anda membuat strategi untuk memenangi MPL-MY/SG musim 3?

Kami tidak berlatih spesifik strategi kami masih suka main sahaja apa-apa pun. Kami rasa apa yang penting adalah bermain hero dan strategi yang kami selesa daripada mengikuti rank meta.

4) Apa pendapat anda tentang pasukan Singapura baru – NARA eSports?

Satu sahaja perkara boleh beritahu kepada NARA eSports “Selamat datang dan ini adalah hanya permulaan untuk aksi drama Mobile Legends di MPL.

5) Musim lepas pasukan anda tidak berapa konsisten semasa Musim Liga, dan ramai terkejut. Apa yang terjadi?

Musim lepas agak teruk bagi kami disebabkan pemain kami agak sibuk. Bukan semua pemain kami adalah pemain game sepenuh masa. Kami harap musim ini kami buat lebih baik dan kami akan ambil balik gelaran juara untuk Singapura.

6)Apa anda rasa tentang pasukan Malaysia secara keseluruhan?

Kami kembali untuk merampas gelaran itu balik, bekas juara akan datang kepada kamu jaga-jaga!