Baiklah peminat Mobile Legends, jika anda mengikuti MPL MY/SG Musim 2, anda akan tahu apa akan terjadi pada minggu ini:

Playoffs!

Ini adalah apa yang akan terjadi.

Perlawanan

Pada hari 1, kami mempunyai beberapa perlawanan yang menarik.

Musuh Sengit

Yang pertama, kita akan saksikan perlawanan balik di antara musuh sengit di Musim 1, Bigetron SG dan AirAsia Saiyan. 

Semasa musim liga kali ini Bigetron SG berjaya menukar prestasi teruk mereka selepas cuti pertengahan MPL.

Bagi sebelah AirAsia Saiyan telah berprestasi lebih baik berbanding musim lepas, mereka habiskan musim liga dengan hanya kalah dua kali.

Pengkhianatan

 

Kita juga akan saksikan lagi satu perlawanan balik antara GEEKFAM MYSTIC  dan Traitor.

Mereka pernah bertarung sekali semasa musim liga, dengan GEEK FAM Mystic menang 2-1. Sekarang, mereka bertarung lagi sekali dan kedua-dua pasukan mempunyai prestasi yang baik semasa musim liga. Bolehkah Traitor, yang diketuai oleh Hangus (iatu bekas pemain ystic Burden) menang atau bolehkah pasukan lamanya dapat balasan lagi sekali?

Yang Lemah dan Yang Bertakhta

Saiyan Reborn, adalah pasukan underdog di musim 2, berjaya untuk melepasi playoffs walaupun berada di bawah carta, nasib baik mereka mungkin tidak lama lagi.

Perlawanan pertama mereka adalah menentang Flash Tyrants, pasukan yang pertama di dalam carta dan musim lepas pemenang kedua dan mungkin Saiyan Reborn akan kalah dan pergi ke lower bracket.

Ramalan KBCSensei dan Power Rankings

1) Flash Tyrants

 

Mereka mempunyai peluang yang besar untuk menang musim 2, mereka juga konsisten dengan prestasi mereka dan sangat kuat dengan barisan pemain sekarang. FT semestinya boleh menang jika mereka kekalkan prestasi mereka sekarang.

2) EVOS Esports SG 

 

Pasukan baru yang sangat kuat, mereka tidak sangat konsisten atau berpengalaman, tetapi kekuatan mereka perlu di ambil serious. EVOS adalah musuh sengit pada FT.

3) AirAsia Saiyan

 

ASYN mempunyai peluang yang baik tetapi mereka tidak konsisten dan boleh membuat kesilapan yang tidak sepatutnya. Playoffs adalah tempat mereka tetapi adakah mereka mempunyai kelebihan di tempat sendiri?

4) Bigetron SG

 

Barisan pemain berubah selepas cuti di mana mereka menukar FattyLim, sangat baik kepada mereka dan mereka kembali dengan cara bermain musim 1. Masih tidak tahu adakah mereka cukup untuk menang playoffs ini.

5) GEEK FAM Mystic

 

Mereka bukanlah yang bagus dan kuat tetapi Feekz adalah pemain yang kuat dan mereka masukkan Feekz adalah pilihan yang baik.

6) Traitor

 

Campuran antara pemain baru dan veteran, Traitor tunjuk tanda yang baik tetapi mereka prestasi mereka patut di tambah-baik lagi.

7) GEEK FAM ICON 

 

Mereka mempunyai pemain individual yang kuat tetapi kurang teamwork dan konsistensi. Bakat adalah penting, tetapi bakat sahaja tidak cukup untuk carry mereka jika tidak bekerja keras.

8) Saiyan Reborn

 

Tidak seperti sister skuad mereka AirAsia Saiyan, Reborn adalah underdog. Ini bukan senang kepada mereka, tetapi mereka telah sampai di sini, jadi itu benda yang patut di banggakan.