Hari kedua adalah penanda perjalanan terakhir kepada kebanyakan pasukan, dengan 4 pasukan di singkirkan: Bigetron SG, kedua-dua pasukan GEEK FAM (ICON dan Mystic) dan Traitor.

Selamat tinggal Traitor

Traitor 0, GEEK FAM Mystic 2

Kita mulakan dengan perlawanan lower bracket.

Perlawanan pertama pada hari ini tamat yang sangat teruk kepada Traitor, di mana mereka di musnahkan oleh GEEK FAM Mystic. Kedua-dua perlawanan, Hangus dan pasukannya berjuang dengan kuat sebelum di singkirkan dan kedua-dua pasukan tunjuk permainan yang aggresif tetapi banyak buat kesilapan bodoh menyebabkan tamatnya perjalan Traitor di playoffs?

Sebuah ICON jatuh

GEEK FAM ICON 0, AirAsia Saiyan 2

Perlawanan kedua di lower bracket kita lihat GEEK FAM ICON jatuh di dalam perlawanan selepas 3 perlawanan yang sukar menentang AirAsia Saiyan. Kedua-dua pasukan menunjukkan skill yang tinggi tetapi akhirnya GEEK FAM ICON kurang teamwrk terutama sekali pada perlawanan ketiga di mana pasukan mereka berpecah dan banyak di pick off, memberi ASYN kelebihan untuk menang

ASYN juga bermain dengan baik dengan kaptennya Fredo membuat permainan yang memberi banyak impak(Dia adalah pemain MVP di perlawanan pertama)

Mystic di kalahkan

GEEK FAM Mystic 1, Flash Tyrants 2

Pertarungan antara GEEK FAM Mystic dan Flash Tyrants di upper bracket adalah persaingan sengit yang di akhiri 2-1 dengan kemenangan kepada Tyrants. Kami jangkakan kemenangan yang mudah kepada Tyrants, Mystic enggan untuk berikan kemenangan yang mudah dan ambil perlawanan kedua gunakan Clint.

Malangnya, apabila Mystic menang pada mulanya pada perlawanan ketiga, FT berjaya merampas Lord dari mereka di mana mengubah perlawanan tersebut dan memaksa Mystic jatuh ke lower bracket.

GEEK FAM Mystic 0, AirAsia Saiyan 2

Perlawanan seterusnya, GEEK FAM Mystic telah disingkirkan oleh AirAsia Saiyan selepas dikalahkan 0-2. Mystic tidak dapat atasi dinding ASYN dan menghabiskan MPL di tempat ke-5/6 di musim 2 ini. Mereka telah sampai jauh walaupun banyak ketidak serasian di barisan pemain baru jadi itu benda patut di banggakan.

Perperangan di Singapura

EVOS Esports SG 2, Bigetron SG 0

Kedua-dua pasukan Singapura mempunyai kekuatan yang sama pada mulanya. EVOS mempunyai teamfight lebih baik dan draft BTR pada perlawanan pertama sangat tamak (Mereka mengambil 3 Assasin) Evos menghentam mereka dengan Bambi Lunox yang memberi 47% damage keseluruhan untuk satu pasukan.

Pada perlawanan kedua, EVOS hampir menghabiskan perlawanan di satu point tetapi Bigetron Sana hidup kembali dengan Helcurtnya dan menghalau mereka balik. Akhirnya, EVOS masih boleh menang dengan mengumpan BTR di Lord apabila dua orang push midlane. Walaupun BTR mempunyai permainan yang baik selepas setengah musim liga mungkin mereka tidak dapat lagi bentuk pasukan seperti musim 1. Kredit kepada EVOS juga.

Perhampaan paling besar

Bigetron SG 0, Saiyan Reborn 2

Oh, WOW. Selepas prestasi musim liga yang teruk dan permainan yang biasa (ketika menentang Tyrants) kami ingat Saiyan Reborn tidak istimewa.

Kami rasa kami salah.

Mereka kalahkan Bigetron SG di perlawanan pertama (22-9) dengan Loong Claude membuat damage 64% dan mendapatkan Maniac. Perlawanan kedua juga tiada beza dengan Reborn tidak beri BTR perluang.

BTR adalah juara musim 1 tidak di jangkakan tamatkan musim 2 di tempat 5/6. Walaupun Reborn tidak jangkakan kemenangan mereka tetapi mereka bermain dengan baik sekali.

Untuk Bigetron Mr.Vi penat bermain Mobile Legends dan masa depannya masih tidak tahu lagi.

Perlawanan hari esok

Tempat ke-5/6

Bigetron vs GEEK FAM Mystic

Tempat ke-7/8

GEEK FAM ICON vs Traitor