Selamat kembali ke ruangan mingguan konsultansi caster

Kepada imbasan minggu 3 adalah minggu tentang permusuhan ketat dengan rakan senegara Bigetron dan EVOS dan pergaduhan adik-beradik seperti Saiyan Reborn dan Air Asia Saiyan. Mereka bergelut untuk menjadi dominan di antara mereka.

Tidak layak menjadi musuh ketat

Seperti biasa semua orang bash Bigetron kerana prestasi permainan yang buruk. Mereka di kalahkan dengan musuh ketatnya EVOS SG dan mereka tidak bermain dengan baik dan juga semasa berlawan Mystic Burden.

KBC Sensei telah menyatakan walaupun BTR SG dapat satu point dari Mystic Burden mereka masih menjadi pasukan yang paling kecewa kerana masih tidak menang apa-apa perlawanan.

 

Pseudo dan

Ikuto juga menyuarakan bahawa pasukan seperti Bigetron dan Saiyan Reborn masih tidak boleh menyesuaikan diri dengan perubahan meta.

Musuh ketat

Sebelum itu ICON dan EVOS telah buktikan bahawa mereka boleh menjadi musuh ketat kepada AirAsia Saiyan kerana mereka juga berebut untuk berada di atas carta. ICON pula mempunyai 4-0 win streak! KBC Sensei sangat teruja dengan prestasi mereka walaupun Ikuto memikir sebaliknya bahawa ICON kuat dengan kill individu tetapi kurang teamwork.

Musuh yang akan datang

Bukan sahaja mereka, Pseudo juga rasa banyak lagi pasukan lain sedang ingin mengejar AirAsia Saiyan. Walaupun prestasi tidak sampai subpar,pasukan seperti Borneo Dragon FV dan We Own World masih mempunyai semangat di dalamnya dan menunjukkan permainan yang baik. BDFV masalah adalah seperti Ikuto katakan mereka hanya tidak boleh menyesuaikan diri dengan meta kompetitif sebaliknya dengan permainan solo.

Pertukaran pemain

Kita akan lihat beberapa pertukaran nanti yang kami akan beritahu di artikel lain. Satu contoh adalah Feekz yang menyertai Mystic Burden dengan banyak kontroversi dan tidak dapat di mainkan setengah musim liga. Harap pertukaran pemain boleh menolong pasukan di bawah prestasi.