Untuk spotlight minggu kelima ini, kita akan fokus kepada Hanabi!

Lun memain Hanabi dengan baik sekali dalam minggu kelima dan mendapat Maniac menggunakan Hanabi, menunjukkan betapa banyaknya Hanabi boleh menyumbang dalam ‘teamfight’.

Jadi…kenapa Hanabi begitu kuat?

1. Autoattack yang melompat-lompat

Skil pertama dia membolehkan Hanabi memakai ‘mana’ untuk menggunakan ‘autoattack’ yang melompat-lompat. 1v1 bukanlah skil yang berguna tetapi dia menyerlah dalam ‘teamfight’ terutamanya apabila semua hero berkumpul dan dia akan serang melompat-lompat di antara pasukan lawan untuk memberi kesan yang kritikal.

2. Imuniti Crowd Control (Daripada Passive)

‘Passive’ Hanabi membolehkan dia dapat perisai yg mengelak skil ‘Crowd Control’ apabila nyawa penuh, jika anda ingin mencuba untuk menyerang dan ‘Crowd Control’ tanpa mengurangkan ‘shield’, anda akan mengalami masa yang susah.

3. Menyebarkan Ultimate + CC

‘Ultimate’ Hanabi adalah bunga yang mengembang dan menyakiti musuh pertama yang diserang dan memerlahankan musuh-musuh lain yang berada berdekatannya. Jika musuh-musuh tidak keluar daripada bulatan yang memerlahankan mereka dengan laju, bunga baru akan berkembang dan menyebabkan kesan yang sama kepada sesiapa yang berada di dalam bulatan (hanya sekali untuk setiap sahaja). Memang kuasa yang efektif, terutamanya apabila dicampur dengan ‘crowd control’ dan abiliti ‘Area of Effect’ dari hero lain.

Bagaimana untuk main Hanabi

Emblems & Items

Untuk ’emblems’, gunakan standard ‘Marksman’ seperti biasa, pilih di antara ‘Weapon Master’ atau ‘Weakness Finder’, atau gunakan ’emblem’ ‘Assassin’ set bersama ‘Bounty Hunter’ untuk peroleh emas yang pantas.

Untuk ‘items’, Lun mencadangkan seperti yang berikut:

Mana Boots – Skil pertama menggunakan banyak mana jika anda ‘spam’ awal.

Scarlet Phantom – Untuk ‘Attack Speed’, menembak tembakan yang melompat-lompat yang laju dan dalam kuantiti yang besar.

Berserker Fury – Serangan ‘Multi-hit’ membolehkan dia untuk mengumpul passive ‘Berserker Fury’ dalam jangka masa yang teramat pendek.

Athena Shield – Ia memberi anda ‘shield’ untuk beriaksi bersama ‘passive’ Hanabi.

Blade of Despair – Standard item ‘Attack damage’ yang tinggi untuk ‘Marksmen’.

Wind of Nature – Mengelak ‘Physical Damage’

Gameplay

Cuba untuk mementingkan Scarlet Phantom dan Berserker Fury untuk ‘farm’ dengan laju, sejak Hanabi mempunyai fasa ‘early game laning’ yang teramat teruk.

Pilih ‘Barrier’ sebagai ‘Battle Spell’ jika mungkin untuk ‘stack shield’ Hanabi dan selalu ingat untuk berada di posisi yang betul untuk memaksimakan lompatan autoattack Hanabi, dan untuk mengelakkan ditangkap oleh musuh dan dibunuh.