Tamatlah minggu 1 musim liga MPL- MY/SG dan banyak benda yang menarik telah terjadi.

Minggu ini kita mempunyai perlawanan yang hebat, aksi yang tidak disangka dan kemunculan bintang baru.

Ini adalah keputusan untuk minggu 1.

Buat masa ini, AirAsia Saiyan dan ICON berada di atas ranking, dan EVOS Esports SG jatuh di bawah sekali.

Ini adalah imbasan video minggu 1.

[srizonfbvidsingle id=1646485215474178] [srizonfbvidsingle id=1647596062029760] [srizonfbvidsingle id=1649073898548643]

Musuh tradisi

 

 

 

Flash Tyrants (FT) vs Bigetron SG (BTR)

Kedua-dua pasukan Singapura sekali lagi mereka di beri peluang untuk bertarung.

Pada musim lepas, FT bertungkus-lumus untuk memenangi final playoff, tetapi BTR berjaya memenangi MPL musim lepas.

Kali ini, nampak seperti BTR mulakan dengan permainan yang terumbang-ambing dan kalah kepada musuh tradisi mereka dengan 1-2. BTR bukan seperti dahulu ini mungkin kerana mereka sudah lama tidak membuat latihan bersama selepas memenangi MPL musim 1. Memberi ruang kepada FT Helcurt semasa perlawanan 1 adalah kesilapan yang besar dan membuatkan FT tidak dapat dikawal.

Semasa perlawanan 3, Mr.Vi mengatakan salah satu punca kekalahan mereka adalah kerana memilih hero yang salah. Mereka tidak sepatutnya memilih Martis yang tidak boleh buat apa-apa di dalam perlawanan. FT Swan juga menggunakan Grock dengan baik sekali dan dia adalah salah satu sebab pasukan dia mendapat kemenangan.

 

 

Flash Tyrants vs AirAsia Saiyan

Lagi satu perlawanan yang menarik antara Flash Tyrants vs AirAsia Saiyan dan perlawanan ini juga dikira musuh tradisi bagi kedua-dua pasukan. AirAsia Saiyan adalah pasukan top 4 di musim lepas dan berjaya mendapat tempat keempat di playoff. Mereka telah menjadi lebih baik dari sebelum ini dengan mengalahkan FT pada minggu ini. Walau bagaimana pun FT juga adalah punca kekalahan mereka sendiri kerana kesilapan draft di perlawanan 2.

Pada mulanya, FT membuat rotation yang baik untuk menutup ke kecacatan mereka  tetapi pada lategame mereka kalah di teamfight yang penting  dan meneruskan perjuangan ke perlawanan 3. Tetapi dengan kesilapan pada mulanya memberi peluang kepada ASYN memenangi perlawanan itu.

Kekecewaan

 

 

EVOS Esport SG vs Traitor

Sebagai pasukan Singapura yang ketiga, EVOS Esport SG mereka adalah pasukan paling mengecewakan pada minggu 1. Perlawanan mereka antara Traitor sangatlah serabut. Selepas dikatakan pasukan Singapura adalah yang terbaik menunjukan mereka adalah bukan yang terbaik kerana kalah di setiap permainan.

Mereka patut disalahkan kerana tidak bermain dengan baik dengan bermain secara pasif dan tidak aggresif dan membuat banyak kesalahan di dalam perlawanan.

Selain itu, BTR masih membuat kekecewaan dengan kekalahan dengan pasukan ICON 0-2. Mereka gagal membuat draft yang baik kerana mereka memilih Nana sebagai pilihan hero yang terakhir. Nampaknya mereka perlu kerja keras selama 5 minggu lagi jika mereka mahu menjadi juara bertahan.

Kemunculan Bintang Baru

Kami mempunyai bintang baru pada minggu 1 bukan sahaja pemain tetapi juga pasukan dan hero.

Pemain

Saiyan Reborn Jinn

Satu pemain yang nampak ketara adalah dari Saiyan Reborn, Jinn. Dia berjaya mendapatkan Gusion pada perlawanan 2 dan 3 semasa berhadapan dengan pasukan Traitor. Kedua-dua perlawanan KDA Jinn adalah 6/0/0 dan 12/0/5 dan berjaya membuat pasukannya memenangi perlawanan itu. Dengan KDA begitu tidak terkejut untuk dia kerana Jinn adalah top global Gusion.

Pasukan

 

 

AirAsia Saiyan vs Borneo Dragon FV (BD FV)

Selain pasukan Saiyan, AirAsia Saiyan berjaya dapat pencapaian yang baik. Selain itu, semasa berlawan dengan Borneo Dragon FV mereka menghabiskan perlawanan 3 di dalam masa 10 minit!

Hero

Grock adalah hero yang paling berpengaruh di pick/ban, pemain seperti Swan, Grripex dan Error menggunakan hero ini dengan baik.

Satu benda yang membuat Grock dipilih adalah sebab dia sangat kebal dan “damage” yang tinggi pada awal permainan. Dia juga boleh mengelakan diri dari CC (Crowd control) dengan menggunakan skill pertama. Jadi dia sangatlah kuat secara keseluruhan.

Kemudian adalah Selena.

Dia sangatlah mengjengkelkan dengan “stun” yang jauh dan “damage” yang tinggi. Jika anda dapat “stun” daripada dia, satu saja benda yang anda boleh buat, hanya mengucap sajalah kerana satu pasukan musuh akan datang membunuh anda.

Kami akan cerita lebih jauh di dalam hero ini kenapa mereka sangat popular pada minggu ini yang akan keluar pada hari Khamis.

Nantikan artikel lagi dari kami!