Selamat datang ke MPL – MY/SG “hero spotlight” pada minggu ini, dimana akan menceritakan 1-2 hero yang paling berpengaruh di perlawanan minggu lepas.
Untuk minggu ini, kami akan lihat dua hero iaitu Grock dan Selena.
Kenapa dua hero ini?
Mereka adalah hero yang paling berpengaruh di beberapa perlawanan pada minggu pertama. Kedua-dua hero ini patut di beri spotlight.
Grock
Grock telah di ban sebanyak 14 daripada 21 perlawanan (lebih dari setengah!) dan di pilih dalam 7 perlawanan tidak lupa juga winrate sebanyak 42.86%.
Apa yang membuatkan Grock kuat?
1. Kuat pada awal permainan
Kekebalan Grock sangatlah tinggi pada awal perlawanan, kuasa penuh pada skill 1 boleh membuat damage yang tinggi dan boleh mencuri buff dengan baik. Tidak lupa juga dengan “area of effect” (AOE). Itu bermakna dia sangat effektif untuk merebut jungle atau mencerobohnya.
2. Mobiliti
Grock sangat kuat dari segi mobiliti. Jika beli Rapid Boots, Grock akan susah ditangkap kepada pro player, mulakan perlawanan dan lari perlawanan dengan senang.
3. “Crowd Control” yang kuat
Grock mempunyai 3 bentuk CC. Skill 1 boleh perlahankan pihak lawan jika terkena, dan untuk skill 2 dia membuat dinding yang boleh sekatkan pergerakan pihak lawan. Tidak juga lupa dengan “ultimate” ketika dia charge kehadapan yang membuatkan pihak lawan terbang dan dapat damage lebih jika langgar ke arah dinding. Selain itu skill itu juga bole digunakan semasa mulakan perlawanan atau lari dari perlawanaan.
Bagaimana mahu bermain Grock?
Mari kita ambil nasihat dari pemain pro!
Swan dari Flash Tyrants: Tambahan kepada damage, anda boleh guna Grock skill 1 untuk lihat di dalam semak dan ambil CC untuk pasukan, selain itu cuba pisahkan pemain pihak lawan. (boleh tengok bagaimana ICON Error berjaya melakukan strategi itu)
Berkaitan dengan item dan emblem dia cadangkan ambil Assasin emblem untuk damage yang lebih.
Untuk item ini adalah buildnya:
- Rapid Boots
- Thunder belt
- Bloodlust Axe
- Oracle
- Blade of Despair
- Demon of Wings
Selena
Selena adalah salah satu pilihan hero yang kuat pada minggu 1. Pemain telah ban dia sebanyak 14 kali daripada 21 perlawanan dan mempunyai 85.71% win rate dimana 7 kali pernah dimainkan pada minggu 1.
Apa yang membuatkan dia kuat?
1.Damage burst
Di dalam bentuk Abyssal (yang boleh dapat melalui ultimate) Selena senang membunuh musuh dengan skill 1 yang membuatkan dia lebih kuat jika mendapat passive Abyssal Marks untuk bonus damage (390%-600% damage + 50% magic power)!
2.Mobiliti yang tinggi
Bentuk Selena Abyssal mempuyai dash yang boleh “reset” jika anda menyerang pihak lawan dengan tanda Abyssal yang boleh di “stack”. Dia sangat la laju jika lakukan “ganking”. Menukar bentuk Abyssal memberi dia pecutan lebih kepada kelajuanya untuk merapatkan jurang dia antara pihak yang terkena stun iaitu skill 2.
Bercakap tentang Elven skill 2
3.Stun yang jauh
Perkara inilah yang menyebabkan dia sangat diingini untuk di pilih. Stunnya boleh membuat selama 4 saat di jarak maksimum!. Jika anda kena dengan Selena dengan pasukanya berdekatan, anda kena bersedia dengan pembunuhan yang kejam. Jika pasukanya tidak berdekatan Selena sendiri akan membuat damage yang tinggi.
Bagaimana untuk bermain Selena?
Satu pemain Selena yang perlu di perhatikan pada minggu 1 adalah Cometopapa dari ICON.
Dia mencadangkan Mage emblem dan item untuk bermain selena sebagai jungler adah seperti berikut:
- Rapid Boots
- Pillager Axe
- Lightining Truncheon
- Concentrated Energy
- Clock of destiny
Dan pelbagai item yang ke-6 mengikut komposisi pasukan anda.