Dan inilah pasukan terakhir di kalangan enam pasukan yang layak. Mereka adalah satu-satunya pasukan yang mewakili Singapura dari musim liga 2, EVOS SG! Mereka adalah pasukan yang baru dan baru sahaja dibentuk beberapa minggu sebelum pusingan kelayakan bermula.

Pemain EVOS SG adalah seperti berikut:

  • EVOS•Soul
  • EVOS•Kolia
  • EVOS•Kïd
  • EVOS•Potato
  • EVOS•JPL
  • EVOS•Oh Deer Bambi

Mereka dikenali sebagai Intrepide di dalam pusingan kelayakan, disebabkan pertukaran sponsor mereka sekarang dikenali sebagai EVOS SG.

EVOS SG dibentuk oleh Potato, dimana sebelum ini pasukan dia adalah Impunity bersama Soul dan JPL. Selepas mereka berpecah daripada Impunity, Potato rekrut Oh Deer Bambi (sebelum dari IDNS SG, yang dikenali sebagai Bigetron SG). Semasa Bambi menyertai pasukan ini, dia membawa masuk Kolia juga, dan selepas itu Potato  mencari  pemain “tank” iaitu Kid menyertai EVOS SG juga.

Ini adalah interview dijawab oleh Potato.

Bagaimana anda rasa selepas mendapat tempat di musim liga?

Kami sangat terkejut dan gembira kerana kami tidak mempunyai banyak masa untuk berlatih. Walau bagaimana pun kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan Flash Tyrant dan BTR Indo kerana sudi berlatih bersama kami.

Apa yang pasukan anda harap akan capai musim ini?

Kami tidak boleh nk jangka apa pencapaian kami boleh dapat nanti. tetapi kami akan tetap bermain sebaik mungkin.

Apa halangan atau cabaran yang anda hadapi?

Saya rasa halangan yang besar adalah komitmen, kerana kami bertiga di dalam universiti, Bambi “term” juga akan bermula tidak lama lagi dan sekolah Soul pula akan dibuka tidak lama lagi. Walau bagaimana pun kami akan tetap komited demi pasukan ini.

Apa rancangan anda selepas musim 2?

Kami tidak boleh jangka apa akan jadi di masa depan. Kami akan buat yang terbaik di MPL.

Apa-apa sahaja anda mahu beritahu peminat dan penonton?

Kami harap dapat lebih sokongan dari anda walaupun kami pasukan baru, kami akan buat yang terbaik dan tidak akan menghampakan anda semua.

Apa pandangan anda tentang pasukan yang layak di musim liga dan pasukan mana yang di anggap bahaya?

Pasukan Flash Tyrant mungkin akan beri cabaran kepada kami kerana mereka aktif di dalam latihan mereka. Pasukan yang lain kami tidak berpeluang untuk berjumpa di dalam perlawanan. Walau apa pun kami akan buat yang terbaik tidak kira siapa lawan kami.

Bagaimana dengan pemain yang berbahaya?

Semua pemain bermain dengan baik jika tidak mereka tidak akan menjadi pasukan yang layak.

Apa perasaan anda apabila berhadapan dengan Tyrants? (Sunnypotato bekas pemain Flash Tyrants)

Hahahaha perlawanan ini akan menjadi menarik kerana berhadapan dengan mereka dan kami okay dengan itu! Kami masih lagi jadi rakan walaupun kami berjumpa depan-depan. Mereka sangat gembira apabila pasukan kami berjaya melayakkan diri.