Salam sejahtera semua!

Musim liga akan berlansung tidak lama lagi, Saya akan membuat temuramah dengan pasukan Malaysia dan Singapura yang layak ke musim liga

 

Siapakah Borneo Dragons FV?

Mereka pasukan yang berasal dari Sabah dan dikenali sebagai MYA Sabah.

Pasukan ini dibentuk ketika MYA datang ke Sabah pada November 2017. Pasukan mereka adalah seperti berikut:

  • Adz.FV
  • Gato.FV
  • kAy.FV
  • Miracle.FV,
  • Allnoob.FV
  • Obot.FV

Pemain asal pasukan yang tinggal adalah Adz.FV, kAy.FV, dan Obot.FV. Setakat ini mereka telah memenangi 9 kali juara di kejohanan tempatan.

 

Bagaimana perasaan adalah setelah layak ke musim liga?

Semestinya kami gembira dan bangga kerana melayakkan diri ke musim liga. Borneo Dragon FV sangat bersyukur kerana dapat menjadi wakil Sabah dan akan berlawan dengan pasukan yang ternama dari Malaysia dan Singapura.

Apakah matlamat anda di musim ini?

Matlamat kami adalah untuk menang MPL- MY/SG musim 2 atau mungkin kami secuba daya upaya menjadi pasukan yang sengit kepada pasukan yang lain.

 

Apakah kesukaran yang anda akan hadapi nanti?

Pasukan lain sangat berpengalaman dari kami dan kebanyakan pemain kami gementar untuk musim yang akan datang. Saya berharap kami akan atasi masalah ini dan saya rasa tiada masalah yang kami akan hadapi di dalam pasukan kami. Setakat ini kami berpuas hati dengan kerjasama dan semangat berpasukan Borneo Dragon FV ada. Saya berharap semangat ini akan berterusan.

 

Apakah rancangan anda selepas musim 2?

Selepas musim 2, walaupun kalah atau menang kami akan tetap bersama sebagai sepasukan dan tidak akan berpecah. Matlamat kami adalah untuk sama-sama menyertai sebanyak pertandingan atau kejohanan yang boleh. Selain itu kami juga ingin menambah baik cara permainan kami.

 

Pasukan manakah yang anda rasa paling kuat?

Pada pendapat kami, semua pasukan yang akan bermain di musim liga adalah kuat, kami hormat kesemua pasukan. Tetapi pasukan Singapura patut menjadi tumpuan kerana mereka sangat dikenali sebagai bermain secara berdisiplin dan menggunakan strategi yang tidak diketahui oleh pasukan Malaysia. Jika diberi pilihan saya akan memilih Bigetron SG, kerana mereka boleh menjadi ancaman kepada kami.

Bagaimana dengan pemain yang paling hebat?

Untuk pemain yang hebat kami tidak mahu riak dengan prestasi pasukan kami atau mengatakan kami adalah paling hebat kerana banyak tempat dan ruang untuk kami tingkatkan lagi prestasi bermain. Untuk pemain lain kami rasa Ly4Ly4Ly4 daripada Bigetron SG adalah pemain yang perlu di awasi setakat ini.

Apa yang anda mahu katakan kepada peminat dan penonton?

Kepada peminat dan penonton, kami berterima kasih kerana menyokong pasukan Borneo Dragon FV!

Sila tunggu kemunculan kami di musim liga dan kami akan mengejutkan anda dengan permainan yang akan membuat anda rasa terkejut.

 

Baiklah itulah interview di antara kami yang dari Sabah iaitu Borneo Dragon FV. Jangan lupa saksikan lagi info dari pasukan yang lain!