Baiklah, akhirnya tamatlah pusingan MY/SG. Kita telah menyaksikan banyak perlawanan yang hebat dan sengit. Kali ini lebih 50 pasukan bertempur untuk mendapat tempat ke musim liga.

Anda boleh tengok video imbasan di sini!

 

[srizonfbvidsingle id=700216960325815]

 

IDNS SG vs Intrepide

 

Skor terakhir: 0-2

Perlawanan 1

Semasa di awal perlawanan, Intrepide telah membuat pelbagai aksi seperti “tower dive” di lane atas dan bawah. Tetapi hanya lane bawah membuahkan hasil tidak seperti lane atas gagal untuk memberi hasil. Perlawanan sangat sengit dari permulaan perlawanan hingga akhir, seperti menonton “Infinity war”.

Selepas itu, perlawanan berubah menjadi lebih sengit dengan kedua-dua pasukan mendapat “hero kill” di seluruh tempat. Tetapi Intrepide lebih kuat di dalam “teamfights” dan dengan kelebihan mereka mereka “Snowball” sehingga mereka menjadi pasukan yang dominan.

Gusion merupakan pilihan hero IDNS SG yang kuat tetapi tidak dapat menentang dengan kerakusan Intrepide. Untuk pihak Intrepide pula, Kagura dan Akai menjadi hero yang penting kerana membuat “set-up hero kill” untuk pasukannya.

 

Perlawanan 2

Whew. Perlawanan ini lebih sengit berbanding perlawanan 1 kerana di peringkat awal permainan, kedua-dua pasukan memberi keseluruhan skill dan pengalaman untuk menang perlawanan 2. Perlawanan bertambah menarik apabila Diggie dan Kagura berganding bersama untuk “lockdown” musuh. Tidak lupa juga kepada IDNS SG Harley dapat mencuri Lord daripada Intrepide.

Secara jujurnya waktu itu sungguh susah untuk jangka pemenang kerana kekuatan kedua-dua pasukan hampir sama. Perlawanan ini hanya menunggu salah satu pasukan membuat kesilapan. Kemudian, “teamfight” di lane bawah telah menjadi punca  IDNS SG kalah kerana Martis Intrepide telah menangkap keseluruhan pasukan menggunakan skill pertamanya dan mendapat tempat ke “regular season”.

 

Bigetron Baby vs Saints SG

Skor terakhir: 0-2

Perlawanan 1

Kedua-dua pasukan ini terkenal sebagai pasukan mobile legend yang hebat di Singapura. Tetapi Bigetron Baby membuat pemilihan hero yang sangat lemah. Mereka tidak dapat menentang komposisi hero Saints SG “teamfight” yang lebih kuat dari mereka. Akhir, Bigetron Baby tumpas di perlawanan pertama.

 

Perlawanan 2

Pemilihan hero “counter pick”, “rotation hero” yang sempurna dan kekuatan “map control” yang tinggi, semuanya terdapat di perlawanan ini. Walaupun Saints SG mempunyai kelebihan di “gold lead” mereka masih tidak dapat menghabiskan perlawanan dengan lebih awal kerana kelebihan “teamfight” oleh pasukan Bigetron Baby. Ketamakan Bigetron Baby menyebabkan kejatuhan mereka apabila mereka ingin mendapatkan Lord tetapi diserang hendap oleh pasukan Saints SG, sekali gus mendapat “wiped out” oleh Saints SG.

 

Wild card: FV MYA vs We Own World

Skor terakhir: 0-2

Pusingan wildcard Malaysia antara FV MYA vs WOW sangat dinantikan kerana hanya satu pasukan layak ke musim liga. Ini peluang kedua mereka untuk mendapatkan tempat di MPL musim liga.

 

Perlawanan 1

Pasukan WOW telah bersedia untuk musnahkan pasukan FV MYA selepas telah mengalahkan MYA JR. yang boleh dikirakan pasukan kedua daripada FV MYA. Pasukan WOW telah laksanakan rancangan perlawanan yang hebat kerana mereka selalu di hadapan FV MYA dari segala aspek sejak minit pertama. Pasukan FV MYA telah gagal untuk mendapat sebarang “tower” dan gagal di segala “rotation hero”. Setiap serang hendap dibuat oleh pasukan WOW memberi kelebihan dari segi “gold lead”. Pasukan FV MYA telah ketinggalan 10k “gold lead” dan tidak mampu menentang pasukan WOW. Natalia dari pasukan WOW telah menjadi MVP di dalam perlawanan ini kerana berjaya mendapat beberapa kemenangan solo berlawan dengan lancelot. Akhirnya pasukan WOW berjaya menang perlawanan pertama dengan senang.

 

Perlawanan 2

Di perlawanan ini ada sedikit kelainan walaupun di awal perlawanan pasukan WOW mendapat “gold lead” tetapi pasukan WOW telah bermain secara bahaya dan pasukan FV MYA dapat mengurangkan jurang “gold lead” dengan pasukan WOW. Perlawanan 2 ini semakin berpihak kepada FV MYA kerana pasukan WOW bermain secara berbahaya secara berterusan. Walaupun FV MYA mendapat Lord untuk menghabiskan permainan secepat mungkin, namun dengan kebijaksanan pasukan WOW mereka berjaya mendapatkan Lord dan “wipeout” pasukan FV MYA. Tindakan dari pasukan WOW sangat bagus dan telah meletakkan pasukan mereka ke MPL musim liga.

 

Intrepide vs Saints SG

Skor terakhir : 2-0

 

Perlawanan 1

Perlawanan akhir pusingan Singapura membuat rakan pasukan lama menjadi lawan.

Permainan ini adalah permainan paling sengit dalam pusingan Singapura kerana kedua-dua pasukan mempunyai skill dan cara bermain yang hampir sama. Semasa memilih hero pasukan Intrepide lebih memillih hero yang kuat dalam memulakan perlawanan manakala pasukan Saints  SG hero komposisi lebih kepada “split pushing”. Pemain Killua dari pasukan Intrepide bermain Grock dengan baik sekali menggunakan skill “walling” dan “charging” telah membuat Saints SG goyah. Alpha dari pasukan Saints SG banyak kali dibunuh oleh pasukan lawan dan setiap kali “teamfight” pasukan Saints SG bermain dengan 4vs5. Dengan kejatuhan ketiga-tiga “lane” pasukan Intrepide berjaya mendapat kemenangan di perlawanan 1.

 

Perlawanan 2

Cerita perlawanan 2 ini berlainan dari perlawanan 1. Dengan mengekalkan momentum dari kemenangan sebelum itu, Intrepide menunjuk kekuatan dari permulaan permainan sehingga tamat dengan cara mainan yang jauh lebih kuat. Pasukan Intrepide lebih kuat berhadapan dengan pasukan Saints SG walaupun Nelle (Saints SG) bermain Roger dengan baik. Oleh itu pasukan Intrepide berjaya menjadi wakil Singapura untuk MPL – MY/SG musim liga.

 

Kepada pasukan yang layak di musim liga, kami mengucapkan tahniah dan “good luck” di musim liga!