Imbasan MPL MY/SG pusingan 2
Lebih 500 pasukan telah berentap di MPL MY/SG pusingan 2 pada hari Jumaat, dan ingin mendapat tempat di “Regular Season”.
Pada hari Ahad, dua pasukan sahaja yang tinggal untuk mengejar habuan hadiah sebanyak USD 100,000 dan mencipta nama sebagai lagenda.
Anda boleh tengok imbasan permainan di sini!
[srizonfbvidsingle id=691537211193790]
Anda mesti terpikir kenapa Hayabusa tidak dipilih di dalam perlawanan walaupun dia selalu dipilih semasa pusingan 1, ini sebab Hayabusa baru sahaja “reworked” (sekali seperti Gatotkaca, Kuja dan lain-lain) oleh itu Hayabusa tidak boleh dipilih di dalam “Tournament mode”.
Perlawanan 1: ICON vs We Own World (WOW)
Skor akhir: 0-2
Permainan 1
Semasa sesi “pick/ban” pasukan ICON telah memilih hero secara bijak dengan menggunakan hero yang kuat seperti Gusion, Akai, Natalia, Diggie, dan Chou.
Setiap masa pasukan ICON lebih kehadapan daripada pasukan WOW kerana setiap “teamfight” pasukan ICON berjaya membuat pasukan WOW kalah di setiap perlawanan. Oleh itu, pasukan WOW cuba untuk bermain secara bertahan.
Strategi pasukan WOW berjaya tetapi semasa pasukan ICON Natalia (dimain oleh unta) menyerang “Lord” secara solo, pasukan WOW merasa ini adalah satu peluang untuk berlawan “teamfight” 4v5 tetapi mereka telah diperangkap dan “wiped out” sekaligus pasukan ICON menang di perlawanan pertama.
Kepada pasukan ICON Chou (dimain oleh Syno) menunjukan skill bermain yang sangat hebat dan memberi sumbangan yang banyak untuk pasukan ICON mendapat “wiped out” pasukan WOW.
Permainan 2
Permainan 2 lebih berpihak kepada pasukan ICON kerana pada mulanya kedua-dua pasukan bermain secara agresif dan mengelakkan daripada bermain secara bertahan seperti di permainan 1.
Tetapi pasukan WOW bermain secara teruk dan tidak focus menyebabkan mereka membuat banyak kesalahan semasa ingin menyerang pasukan ICON. Antara contoh kesalahan apabila Grock (dimain oleh error) banyak kali menangkap pasukan WOW dengan kuasa dinding-nya.
Perlawanan 2: Borneo Dragon FV (BD FV) vs MYA JR
Skor akhir: 2-0
Permainan 1
Tidak seperti perlawanan 1 ICON vs WOW, BD FV vs MYA JR lebih kepada bermain secara berjaga-jaga tetapi MYA JR telah mendahului permainan walaupun tidak banyak “hero kills”. Oleh itu, BD FV mengambil langkah untuk berkumpul dan merayau serata kawasan untuk memberi tekanan kepada pasukan MYA JR.
Strategi BD FV berjaya dan membuat MYA JR membuat kesilapan di minit ke 5. Kemudian BD FV mendapat mendahului perlawanan ini dengan mendapat “map control” dan bermain secara agresif seperti mencari hero untuk dibunuh secara berpasukan.
Akhir sekali, BD FV berjaya mendapat “Lord” dan membuat serangan untuk mendapat kemenangan pertama.
Permainan 2
BD FV masih bermain secara agresif seperti permainan 1, memberi tekanan kepada MYA JR tetapi mereka tidak dapat menyerang balas permainan agresif daripada BD FV.
Walaupun MYA JR hanya berjaya mendapat 3 hero kill mereka berlawan habis-habisan untuk mendapat harapan memenangi permainan 2.
Tetapi BD FV musnahkan harapan MYA JR dengan menggunakan Gusion(GATO.FV) dan Martis(Miracle.FV) sekaligus mendapat tempat di “Regular season”.
Perlawanan Gangsa: MYA JR vs We Own World (WOW)
Skor akhir: 0-2
Permainan 1&2
Permainan ini sangat tegang kerana daripada disingkirkan dari pusingan 2 pasukan WOW Berjaya menang dan mara ke perlawanan “wildcard”.
Kedua-dua pasukan menunggu kesalahan dibuat dan MYA JR membuat kesalahan dahulu dengan Natalia (Naamii) telah diperangkap oleh pasukan WOW. Kemudian mereka hanya bertahan dengan 3 hero sahaja dan itu adalah kesalahan besar dibuat MYA JR.
Semasa fasa “pick/ban” MYA JR telah kalah besar kerana tidak memilih Gusion, Angela dan Martis. Mereka meniru pemilihan hero seperti IDNS SG di pusingan akhir musim 1. Mereka gagal untuk menguasai di awal permainan walaupun mereka mempunyai Grock dan Estes. Mereka tidak boleh melawan dengan kekuatan Gusion dan Martis. Pasukan WOW dengan senang nye mengalahkan pasukan MYA JR dengan menggunakan “lord” untuk memenangi permainan tersebut.
Dengan kemenangan ini pasukan WOW akan mara ke slot “wildcard” yang akan berlangsung di hari akhir pusingan Singapura. Mereka akan berhadapan dengan pemenang gangsa pusingan 1, FV MYA.
Tahniah diucapkan kepada pasukan berjaya mara ke pusingan tetapi kepada pasukan yang kalah usah bersedih kerana cuba lagi sampai berjaya!
Kami tidak sabar menunggu pusingan Singapura dan perlawanan “wildcard” FV MYA vs We Own World yang akan berlangsung hujung minggu ini. Sentiasa dengan kami untuk mengetahui berita terbaru!